Tuesday, December 22, 2009

Merapat Ukhuwah

Pada 19 dan 20 Disember 2009 lalu, aku kembali ke bumi Sarawak, Kuching.
Alhamdulillah sahabat lama ketika sama2 bertugas di Miri, akhi Fadzli menjemput serta meraikan kedatangan ku sepanjang berada di sana. Setibanya di airport, kami berpelukan dan masing2 terkejut sebab masing2 dah membulat (berisi).

Sepanjang 2 hari berada di sana, aku menginap di rumahnya. Fuh! Ala2 hotel. Beliau dan keluarga melayanku dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang.

Arena, isteri dan anak2 beliau, Fisya dan Ikram bukan asing bagiku. Ini kerana ke tiga-tiga anak2 ku telah dijaga mereka sewaktu kami sama2 bertugas di Miri dulu.

Hari pertama aku sampai di sana, beliau beserta keluarga membawa aku ke India Road berhadapan dengan Waterfront. India Road adalah tempat dimana pelbagai barangan Sarawak dijual. Mereka yang datang ke Kuching sudah pastinya akan ke tempat ini bagi membeli ole2 untuk keluarga atau kawan2 sebagai hadiah sekembalinya ke tanahair.

Pada keesokannya pula, pagi2 lagi kami ke Sariken. Tak lengkaplah seandainnya datang ke Kuching tanpa ke Sariken. Ia adalah tempat tumpuan pelancong luar dan dalam negara. Sariken adalah tempat dimana terdapatnya jualan pelbagai barangan Sarawak dan Indonesia terbesar di kuching. Ia umpama 'Syurga' untuk bershopping. Jika di Semenanjung tu macam di Bukit Kayu Hitam (Kedah) atau Padang Besar(Perlis). Sariken terletak bersempadanan antara bumi Sarawak dengan Indonesia(Pontianak).
Perjalanan ke Sariken dari Bandar Kuching mengambil masa lebih kurang 1jam 30 minit.

Setelah hampir 3jam letih bershopping di Sariken, kami pun pulang semula ke Bandar Kuching. Kami singgah dulu di pasar Satok bagi menikmati makan tengahari sebelum ke airpot. Di pasar Satok, aku sempat lagi membeli beberapa ekor ikan terubuk masin sebagai ole2 untuk dibawa pulang. Ikan terubuk masin ni memang terkenal di Sarawak.

Kami sampai di airpot pada pukul 2.30pm. Kami bersolat dan berbual-bual sehinggalah aku check in untuk boarding. Hai baik sungguh mereka tu. Anak2 beliau pun tak banyak karenah.

Kami berpelukan sebelum berpisah. Moga ukhuwah ini akan terus kekal abadi dan moga Allah membalas segala kebaikan akhi dengan kejayaan di dunia mahupun akhirat.

Moga bertemu lagi wahai sahabatku...
Terima kasih diatas segala layanan dan pengorbanan akhi sekeluarga.
Wassalam










Monday, December 14, 2009


Selamatkan bahtera anda daripada karam

Ahmad Baei Jaafar

Dalam hubungan suami isteri ramai yang tersilap percaturan hidup. Mereka silap dalam menilai kasih sayang dan kebahagiaan. Mereka selalu terjebak dalam kancah dosa dan maksiat apabila gagal dalam menyampaikan rasa cinta. Lalu suami dan isteri itu memilih jalan sendiri tanpa merujuk kepada ajaran dan panduan Islam.

Berdasarkan pengalaman saya dalam berhadapan dengan masalah pasangan suami isteri, jelas mereka tidak benar-benar faham akan apa yang seharusnya mereka mahu dalam kehidupan berumah tangga. Mereka juga tidak tahu apa yang seharusnya mereka lakukan untuk kebahagian rumah tangga mereka. Bahtera kehidupan mereka berlayar tanpa tujuan.

Saya berkesempatan menonton beberapa drama TV tempatan yang menggambarkan kepincangan rumah tangga. Walaupun ia sekadar cerita andaian penulis skrip, namun saya percaya 70 peratus daripada sesuatu cerita itu adalah realiti yang sukar dinafikan. Sikap suami dan isteri yang membelakangkan ajaran Islam itulah punca sebenarnya.

Persoalannya, sejauh mana pasangan suami isteri itu tahu ajaran Islam khususnya dalam hubungan antara mereka. Adakah mereka belajar semua itu sebelum berkahwin? Adakah mereka secara peribadi sanggup bertanya pengamalan orang lain terutama ibu bapa mereka dalam membina rumah tangga?

Ramai pasangan yang hendak berkahwin berjumpa saya tetapi sekadar untuk mendapat sokongan bagi membolehkan permohonan mereka untuk berkahwin itu diluluskan oleh pejabat agama daerah. Tetapi mereka tidak pernah bertanya kepada saya apakah rahsia kebahagiaan rumah tangga. Adakah mereka malu atau rasa sudah tahu atau rasa tidak perlu tahu?

Seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini, kursus pra perkahwinan yang dijalankan seluruh negara gagal memberikan ilmu kebahagiaan rumah tangga kepada pesertanya bukan kerana korikulumnya tetapi kerana sikap peserta yang ambil tidak kisah dengan pengajaran yang diberi. Kesannya, ramai yang berkahwin selepas itu menghadapi masalah.

Sebenarnya untuk bahagia suami perlu tahu apakah yang isterinya mahu daripadanya, dan isteri juga perlu tahu apakah yang dimahukan oleh suami daripadanya. Untuk mengetahuinya mereka perlu saling bertanya dengan pasangan masing-masing. Tetapi lazimnya mereka malu untuk bertanya lalu masing-masing menganggap boleh jadi pasangannya sudah tahu.

Oleh sebab ramai yang malu bertanya, maka dalam ruangan ini biar saya jelaskan rahsia kebahagiaan rumah tangga. Sekurang-kurangnya ada dua perkara yang menjadi asas kebahagiaan, maka selagi pasangan itu dapat menerima dua perkara ini dan mengabadikan dalam kehidupan pasti akan ada kebahagiaannya.

1. Suami sentiasa mengharapkan belaian kasih isterinya.
2. Isteri sentiasa mengharapkan kasih sayang suami.


Pada pandangan anda bahagiakah rumah tangga itu kalau setiap kali suami balik rumah, akan dipersoalkan itu dan ini? Masing-masing ada jawapannya. Inilah realiti yang selalu terjadi, apabila balik rumah tidak disambut dengan belaian kasih. Pada waktu makan, suami diminta melayan diri. Pada waktu tidur, suami berpusing sebelah kanan dan isteri berpusing di sebelah kiri. Mungkin pada waktu hubungan seks, dilakukan dalam keadaan terpaksa. Walau bagaimanapun tindakan itu mungkin lebih baik daripada suami tidur dalam bilik berseorangan dan isteri tidur bersama anak-anak.

Apa yang diharapkan oleh suami tidak mencapai, hatinya tidak mendapat belaian kasih. Hatinya terus meronta meminta dan mengharap tetapi tidak mahu hendak menyatakan semua itu kepada isterinya. Jika keadaan ini berterusan, tiada jaminan rumah tangga mereka mencapai bahagia.

Manakala isteri dalam kes yang lain, sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada suaminya. Dalam hal ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa suami amat sayangkan isterinya sebab itu dia sanggup bayar hantaran yang besar. Tetapi pada realitinya dia tidak pandai nak pamirkan kasih sayangnya kepada isteri. Suami boleh beri nafkah apa yang diperlukan oleh seorang isteri tetapi cara memberinya tidak dengan penuh kasih sayang lalu pemberian itu tidak dirasai sebagai kasih sayang.

Sebenarnya, selalu bertanya khabar akan keadaan isteri sama ada waktu berjauhan mahupun waktu di rumah adalah sebahagian daripada kasih sayang. Perhatian suami kepada keadaan isteri, pujian dan simpati suami adalah ubat kasih sayang yang diperlukan isteri. Tetapi perkara selalu dipandang oleh suami sebagai mengada-mengada padahal itulah yang diharapkan oleh isteri.

Perlu dijelaskan di sini, isteri yang baik tidak meminta dan mengharapkan wang dan harta daripada suami apatah lagi kalau suaminya miskin. Pada hati isteri, perhatian yang dipamirkan oleh suami sudah cukup menghiburkan hatinya. Perhatian itulah sebenarnya pembelaan suami yang menjadi impiannya semasa hendak berkahwin dahulu, namun semua itu tidak mampu hendak diucapkan isteri kepada suami.

Percayakan kalau dua perkara ini dapat dihayati oleh pasangan rumah tangga, kebahagiaan sebenar akan diperoleh dengan segera. Malah rumah tangga yang bermasalah pun boleh dipulihkan kembali jika mereka mahu kembali kepada dua perkara ini. Selamat melayari bahtera bahagia.

Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 12/13/2009 03:37:00 AM

Friday, November 6, 2009

Gembira + sedih

Assalamualaikum wbt..

Sebelum ini di blog aku, jarang untuk aku menulis tetapi dok copy & paste saje dari mana2 blog yg menarik perhatian. Bukan apa, masa agak terhad dengan tugasan harian dan yg sewaktu dgnnya..

Hari ini terasa hendak menulis plak sebab pagi tadi selepas subuh aku menerima 2 berita yang menganggu fikiran aku..1 berita gembira dan 1 lg berita yg menyedihkan.

Berita gembiranya, classmate lama aku masa sek menengah dulu di SM Vokasional Klang thn 1992/93 (la nie dah jadi teknik) sms aku..Dia ni 1 dari 4 budak perempuan solehah kelas aku..dia ni solehah tapi agak brutal sikit..haha jgn marah ye kak long Yanti...tapi ada 1 lagi yg lebih brutal nama dia Liza...Yanti ni walaupun brutal tapi sekarang anak dah 2..okeyla tu...

Best giler bila dia hubungi aku..yelah dah 16 tahun baru dapat berhubung semula..

berita sedihnya plak, dia bagitau aku classmate kami Norfaizal (CAP) telah kembali bertemu Sang Maha Pencipta pada 2/10/09..Cap nie jiwanya lembut..tak sangka pd usia muda dah dijemput oleh Allah..Benarlah janji Allah bahawa setiap yg hidup pasti akan kembali dan kematian itu tidak mengenal usia dan tempat.

Firman Allah SWT di dalam surah AL-A'raaf ayat34 yg bermaksud; "Tiap-tiap umat mempunyai ajal,maka apabila telah dtg ajalnya mereka tidak dpt mengundurkannya barang
sesaatpun dan tidak dpt(pula) mempercepatkannya"----Benarlah firman Allah subhanawata'alaa itu!.

Bila Yanti bgitau berita kematian CAP, terkesan aku dibuatnya..mana taknya, sejak kebelakangan ni aku terlupa akan KEMATIAN..sibuk mengejar hal2 dunia yg tak pernah kenal erti puas dan cukup..rakus untuk mendapatkan sesuatu yg belum pasti menjanjikan kebahagian di akhirat nanti..Ya Allah, jgn Kau birkan hambamu ini leka dan lena dgn nikmat dunia yg sementara hingga lupa akhiratlah yg kekal abadi...

Pada kengkawan di luar sana, ingatlah tak salah mengejar dunia tapi jgn sampai lupa dari mengingati Allah..Berapa ramai manusia yg nama je Islam tetapi jauh dari agama..

Bila kita ingat akan mati, kita tidak akan kecewa bila kita tidak mendapat sesuatu seperti yg diimpikan di atas dunia ini kerana segala yg ada di dunia ini hanya bersifat sementara.
Adilnya Allah...walau kita berharta, berpangkat tinggi, ada kereta mewah, ada rumah besar, ada isteri2 cantik, ada anak ramai dsb, namun semua itu tidak menjanjikan balasan yg baik dariNya di akhirat kelak. Kerana Allah melihat pada amalan kita semasa kita hidup di dunia..amal baik,syurgalah tempatnya, amal jahat, nerakalah menunggu kita..
Walau kita miskin, naik kereta cabuk je,rumah pun cukup sekadar dapat berlindung hujan dan panas namun jika hubungan kita dng Allah MANTAP, itu lebih baik dan lebih mulia disisi Allah..

Kepada kengkawan2 semua, marilah kita sama2 bermuhasabah...

Wednesday, November 4, 2009

CANTIK: Perhambaan Moden Yang Menyeronokkan

oleh:Saifulislam.com



Hidup yang hanya memikirkan kecantikan diri, adalah falsafah hidup burung merak. Cantiknya lebih, manfaatnya tidak setara. Daging tidak dimakan, burung lain enggan berkawan. Terbang tak setinggi mana, lagaknya mendabik dada. Merak hanya ada kecantikan yang dimodal untuk dibanggakan… jika harga diri merak adalah pada cantiknya semata, apakah harga diri seorang insan juga bergantung kepada paras rupanya? Insan lebih mulia dari itu…

“Saya tidak pernah berasa tertekan atau ditindas kerana berpakaian begini. Malah ia telah memulangkan kembali harga diri saya yang hilang selama ini. Jika dulu saya mungkin ditawarkan kerja atau apa-apa faedah kerana rupa paras dan kecantikan yang saya cuba peragakan. Tetapi hari ini, saya mendapat apa yang saya dapat, kerana saya dinilai sebagai saya. Orang menilai saya atas kualiti, kemahiran dan prinsip kehidupan yang ada pada diri saya. Dan itulah diri saya yang sebenar”


Saya terpaku mendengar ucapan Sister Rabiah di hadapan lebih 400 orang warga universiti The Queen’s, Belfast. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk “Moslem Women Are Free From Modern Slavery“. Ia merupakan salah satu slot yang mengisi program Islamic Awareness Week yang dianjurkan oleh Islam Students Society of Northern Ireland (ISSNI) dengan kerjasama Belfast Islamic Centre, tempat saya bertugas sebagai Imam.

Sister Rabiah adalah wanita Irish yang memeluk Islam lebih 20 tahun yang lalu. Zaman itu adalah era Ireland yang terlalu asing dari Islam. Tidak seperti hari ini, yang jumlah orang Islam di Ireland Utara sahaja sudah mencecah 10 ribu orang. Selepas Sister Rabiah memeluk Islam, beliau gigih mempelajari Islam, mempelajari Bahasa Arab, dan akhirnya beliau sampai ke tahap berjaya menghantar anaknya sendiri belajar di Madinah.

Saya amat berharap yang suatu hari nanti, anaknya akan menjadi Imam yang pertama di Ireland Utara, dari kalangan anak tempatan sendiri. Impian ini dikongsi bersama dengan ibunya, Sister Rabiah, serta suaminya Sheikh Mehdi yang bertugas sebagai rakan sejawat saya di Bandar Craigavon, 25 km ke barat Belfast.

Ucapan Sister Rabiah itu benar-benar mencelikkan pemikiran saya. Jika suatu ketika dahulu, kaum wanita menjadi hamba kepada lelaki. Sama ada di dalam tamadun Arab Jahiliyah, mahu pun tamadun Hindu, Greek, Rome, malah seluruh tamadun Barat dan Timur, kesemuanya memandang rendah kepada wanita. Wanita boleh dikongsi dan dipindah milik sesuka hati, wanita dinafikan haknya untuk memiliki harta serta berniaga, malah ada wanita yang mesti dibakar hidup-hidup bersama suaminya yang meninggal dunia. Semua ini telah sedia ada di dalam pengetahuan kita.

Semua itu sudah dihapuskan dengan kedatangan Islam. Islam telah memberikan apa yang sepatutnya diberi kepada wanita, sebagai insan, yang bukan sebarang insan. Islam memuliakan ibu, merupakan seorang perempuan. Islam menyama ratakan nilai ketaatan lelaki dan wanita, tanpa berkurang walau sedikit pun. Wanita diberikan hak berniaga, memiliki harta, menegur pemimpin, keluar belajar dan mengajar serta pelbagai lagi keistimewaan yang hanya dapat dikecapi oleh tamadun bukan Islam selepas bermati-matian berjuang di atas peluh dan darah

Tradisi memperhambakan wanita sepatutnya sudah lenyap. Wanita bukan hamba. Mereka adalah khalifah Allah di bumi ini, yang nilai diri mereka terletak kepada sejauh mana mereka dapat melaksanakan tujuan Allah menciptakan mereka, bersama lelaki yang turut dinilai dari sudut yang sama. Lelaki dan wanita, ada peranan masing-masing, dan ia terlalu bersesuaian dengan acuan Allah di dalam penciptaan setiap mereka.

Lelaki yang dipertanggungjawabkan dengan pelbagai tugas, amanah dan tuntutan, diberi kecenderungan untuk dipengaruhi pertimbangan akal berbanding emosi. Manakala wanita yang dipertanggungjawabkan dengan pelbagai tugasan, sama ada di dalam keluarga mahu pun masyarakat, diberi kecenderungan untuk teguh dan tekun pada kekuatan emosi berbanding rasional akal. Kerana itu wanita mampu mengulang-ulang rutin yang sama (berapa kali seumur hidup wanita mengemas rumah yang tidak pernah berhenti semak), kerana emosi kasih dan sayang kepada keluarganya kuat, terlalu kuat berbanding lelaki, yang lebih suka melogikkan sesuatu.

Jika lelaki dan wanita saling memainkan peranan masing-masing, hak lelaki dan perempuan di dunia ini dengan sendirinya akan tertunai. Namun apabila masing-masing sibuk menuntut hak, runtuhlah kerukunan hidup kerana untuk menuntut hak, masing-masing hanya perlu menDESAK.

Wanita sudah sedia mulia…

Akan tetapi, kemuliaan wanita itu dirampas dari dunia hari ini, kerana manusia sendiri yang lari dan menjauhkan diri dari ketetapan Tuhan, Sumber kebaikan dan kemuliaan itu. Wanita sendiri yang mahu dirinya dinilai pada rupa paras yang diperagakan. Mereka mahu dinilai pada bentuk bulu mata, gaya rambut, rupa kaki, atau jenama pakaian yang semua itu bukan dirinya yang sebenar.

Akhirnya wanita terpaksa bekerja keras untuk’dilihat tinggi’. Mereka perlu berbelanja besar, mereka menyeksa jiwa atas pilihan sendiri, semuanya kerana mahu kelihatan cantik di mata manusia yang memandangnya. Kerana mahu memuaskan hati semua orang, dialah satu-satunya ‘orang’ yang tidak berpuas hati dengan dirinya sendiri, sepanjang masa. Ketika orang lain ada pelbagai urusan hidup lain, dia menghabiskan masa dan jiwa pada memikirkan pandangan orang lain terhadap dirinya sendiri. Hidup dikelilingi ‘tuhan’ yang banyak memang mengundang derita.

Perempuan seperti ini mahu manusia melihat dan menilainya dengan pandangan hawa nafsu semata-mata. Sedangkan hawa nafsu manusia itu, kehendaknya seperti air laut, yang makin diteguk makin haus. Dia terlupa bahawa manusia tidak mungkin dapat dipuaskan, apatah lagi untuk memuji sebagai balasan. Alangkan Allah yang Maha Baik dan Maha Indah itu pun manusia ramai yang lupa serta tidak tahu memuji-Nya, apatah lagi manusia yang rabun jauh dan dekat ini. Rabun Akhirat, rabun Dunia!

Marilah wahai wanita yang berjiwa tinggi, muliakan dirimu dengan dirimu yang sebenar. Dirimu adalah akhlakmu, hikmahmu, kebijaksanaanmu, hati budimu, yang semua itu hasil dari imanmu. Didiklah manusia di sekitarmu agar menilai dirimu sama seperti Tuhan menilaimu. Lantas segala penampilanmu adalah mesejmu kepada manusia, bahawa keluhuran erti hidup ini, adalah pada melihat kehidupan, dari pandangan Pencipta kehidupan.

Keluarlah dari perhambaan itu. Jangan hambakan diri kepada manusia yang juga hamba sepertimu. Jadikan dirimu tinggi, selepas engkau tundukkan diri di hadapan Tuhan yang Maha Tinggi. Namun, untuk memerdekakan seorang hamba yang diperhambakan dengan cara ini, bukanlah semudah menyebutnya. Hamba abdi ini gembira diperhambakan, perhambaannya penuh keseronokan, biarpun ia mengikis harga diri dan nilai keinsanan. Tetapi, biar pun perhambaan akhir zaman ini glamour lagi mengasyikkan, hujungnya tetap derita penuh sesalan. Begin with the end in mind!

Be yourself, but be the best of yourself

Monday, October 5, 2009

Jadual Cuti Umum 2010

National Public Holidays for Malaysia

14 February Chinese New Year
15 February Chinese New Year

26 February Prophet Muhammad’s Birthday

1 May Labour Day

27 May Wesak Day

5 Jun Birthday Celebration of Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong

31 August National Day

10 September Hari Raya Puasa*
11 September Hari Raya Puasa*

16 November Hari Raya Haji*

7 December Maal Hijrah*

25 December Christmas

State Public Holidays for Malaysia

1 January New Year All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

17 January Sultan of Kedah’s Birthday Kedah

1 February Federal Territory Day Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

February Thaipusam* Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang, Selangor, Kuala Lumpur

4 Mac Anniversary of Installation of Sultan of Terengganu Terengganu

30 Mac Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan
31 Mac Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan

2 April Good Friday Sabah, Sarawak

8 April Sultan of Johor’s Birthday Johor

15 April Declaration of Malacca as a Historical City Melaka

19 April Sultan of Perak’s Birthday Perak

7 May Hari Hol Pahang Pahang

17 May Raja Perlis’ Birthday Perlis

30 May Kaamatan Harvest Festival Labuan, Sabah
31 May Kaamatan Harvest Festival Labuan, Sabah

1 June Gawai Dayak Festival Sarawak
2 June Gawai Dayak Festival Sarawak

June Hari Hol Almarhum Sultan Ismail* Johor

8 July Israk and Mikraj Kedah, Negeri Sembilan, Perlis

10 July Yang DiPertuan Negeri of Penang’s Birthday Penang

19 July Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan’s Birthday Negeri Sembilan

20 July Sultan of Terengganu’s Birthday Terengganu

11 August Awal Ramadan* Johor, Kedah, Melaka

August Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor, Terengganu

11 September Yang di-Pertua of Sarawak’s Birthday Sarawak

16 September Malaysia Day Sabah
Yang di-Pertua of Sabah’s Birthday Sabah

9 October Yang di-Pertua of Melaka’s Birthday Melaka

24 October Sultan of Pahang’s Birthday Pahang

5 November Deepavali All except Sarawak
& Federal Territory
of Labuan

11 December Sultan of Selangor’s Birthday Selangor
*Subject to changes

School Holidays for Malaysia

13 March – 21 March First Mid Term Break

5 June – 20 June Mid Year Break

4 Sept – 12 Sept Second Mid Term Break

20 Nov – 2 January Year End Break

The above school holidays are for all states except for Kedah, Kelantan and Terengganu, where the holiday start a day earlier.

Thursday, September 3, 2009

menu berbuka



Kepak ayam bakar berempah



Sungguh menyelerakan... boleh di makan dengan nasi atau juadah BBQ

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

* 1 kilo kepak ayam
* 1 labu bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 sudu makan serbuk jintan kasar
* 1 sudu makan serbuk jintan halus
* 1 sudu makan serbuk ketumbar
* 1 sudu makan serbuk kunyit
* 2 sudu makan gula
* 1 sudu makan kicap pekat
* garam secukup rasa

Cara-cara

1. Bersihkan kepak ayam dan toskan
2. Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
3. Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
4. Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
5. Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak

emmmm...menggoda you..selamat mencuba
Menu berbuka hari ini..

Untuk Ayam Satay

1 ekor ayam 2kg yang disembelih halal (dipotong 12 ketul)
5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
200 gram halia (diblendkan hingga halus)
300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam

Untuk kuah Satay

½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)

7 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

2 batang serai

1 stgh inci halia

5 tangkai cili kering

2 papan gula melaka

2 sudu asam jawa, diambil airnya.

Gula dan garam secukup rasa

Cara membuat ayam sate

1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Ayam Satay
2. Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak
3. Bakarkan Ayam Satay hingga Masak
4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
5. Kilatkan AYam dengan Air Perapan dan Minyak dengan brush Serai bila perlu
6. Ayam Satay Akan masak bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi

Cara membuat kuah

1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.

2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)

3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.

4. Didihkan campuran tadi.

5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.

6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.

7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.

8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala.

selamat berbuka

Friday, August 28, 2009

Resipi murtabak mamu zamry

Oleh : newsforwarder®™

Bahan-bahan ( 10 org )

KULIT MURTABAK:

Bahan-bahan ( 12-16 biji )

550 gm tepung gandum
*250 gm air
*1 egg-50gm
*3 Tbsp susu pekat manis-60gm
*1 tsp garam-6gm
*1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara
masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
uli hingga jadi doh
rehatkan doh selama 10min
uli lagi selama 5min
**ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.
** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh.
Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
*nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
*tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
*NB: update jumlah air to 250gm. nak clarify ,Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan margerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

INTI MURTABAK:

300g daging cincang/hancur
2 bawang besar-potong dadu
3 bawang putih-potong dadu
4 sb rempah kari
garam+perasa secukupnya
**1 bawang-potong nipis2
**6 biji telur-atau secukupnya

KUAH BAWANG:

*1 bawang besar (atau bawang merah)-potong nipis2
*cuka, gula,garam,air, color merah- secukupnya
campurkan semua bahan diatas *. dan rasa.

Cara-cara

Inti murtabak:
tumis bawang, bawang putih, masukkan mince meat, rempah kari. masukkan perasa. masak hingga kering.
bila daging sudah suam, campurkan bahan **. kacau hingga sebati.
kibarkan doh roti, atau tarik nipis2. masukkan sedikit inti, lipat
goreng dgn api perlahan hingga masak.

canai roti:
taruk inti & bungkus:
Keistimewaan perempuan..

Oleh : KAMARUL SADILA


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak Nabi
Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).

10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.
Hukum Dedahkan Kesalahan Pemimpin

oleh:Ust.Nasrudin Hassan at Tantawi

Hukum mengumpat

Mengumpat ialah mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian.

Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang.

Namun di dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam.

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi[1] mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak. Kesimpulannya adalah seperti berikut

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telah pun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.

Friday, August 21, 2009

Jomlah baca cerita lucu

Oleh : mohd naim mohd zain

Anda bukanlah manusia jika anda tak ketawa membaca lawak di bawah ini.

Uban

Pada suatu hari sedang emak Nurul Janah sedang memasak ,Nurul Janah ternampak ada uban di kepala emaknya lalu dia pun bertanya"emak kenapa rambut emak bewarna putih?"tanya Nurul Janah

Dengan rasa malas ibunya pun menjawab "Setiap kali anak emak membuat emak menangis , sehelai rambut emak akan bertukar menjadi putih"jawab emaknya

Kemudian Nurul Janah pun berfikir sejenak dan bertanya lagi "Habis kenapa rambut nenek semuanya bewarna putih? emak selalu membuat nenek menangis kah?"

Cermin Mata

dalam perjalanan ke daerah tutong , hisham dan isterinya, salma singgah di restoran Aneka Citarasa.selepas menyambung perjalanan baru salma sedar, dia tertinggal cermin mata di meja restoran.

"Bang... cermin mata saya tertinggal atas meja tempat kita makan tadi", beritahu Salma.

"Isssyyy awak ni, benda macam tu pun tak boleh ingat.mana ada tempat nak patah balik kat highway ni" kata Hisham.

" Ala , mahal tau cermin mata satu tu", kata Salma.

"Yalah, yalah, kita pusing balik lah ni", balas Hisham

Setiba kembali di perkarangan restoran Aneka Citarasa ,Salma segera membuka pintu kereta .

"Mah, jangan lupa ambilkan abang punya cermin mata sekali ya", Jerit hisham

Tidak akan di hukum

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

I'm sorry

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

Kejadian Seram di Wad ICU

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka... Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9..00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya. ..

Nenek Ani

Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.

Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani..

Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".

Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"

Kambing Hitam & Kambing Putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Suami Terbaik

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Dengan Penuh Senyuman

Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati...

"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin.

Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan. .

"Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang..."
"Jutawan" Ramadhan

Oleh :TeMaN

SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 1 PAHALA.

SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT 27 PAHALA

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 270 PAHALA

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU 18900 PAHALA

SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 94500 PAHALA

MARI KITA TUKARKAN DALAM BENTUK RM.

SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 1.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT RM 27.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 270.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU RM 18,900.00

SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 94,500.00 SATU HARI!!!

PAHALA SOLAT DALAM 30 HARI DALAM BULAN RAMADHAN RM 2,835,000.00

WOW! MASYA ALLAH KITA SUDAH JADI JUTAWAN HANYA DALAM BULAN RAMADHAN 30 HARI SAHAJA!!!!

NABI SAW MEMBERITAHU SEKIRANYA KITA MEMBACA AL-QURAN SEBAGAI CONTOH ALIF LAAAAAAM MIIM, MAKA ALLAH AKAN MEMBERIKAN PAHALA ATAS SETIAPNYA. SAHABAT PUN BERTANYA SATU PERKATAAN SATU PAHALAKAH?

NABI SAW MEMBERITAHU LAGI BUKAN BEGITU, ALLAH SWT MEMBERIKAN PAHALA ALIF 1 PAHALA LAM 1 PAHALA DAN MIM 1 PAHALA.

WOW!!! BILA KITA BACA AL-QURAN DALAM RAMADHAN INI DAN DITUKARKAN DALAM RM BERAPAKAH JUMLAHNYA?

BAGAIMANA DENGAN ZIKIR, SADAQAH, SOLAT SUNAT, ZAKAT,PUASA, MALAM LAILATUL QADAR DAN LAIN-LAIN LAGI?

SESUNGGUHNYA ALLAH SWT ITU TERAMAT MAHA PEMURAH DAN MAHA KAYA. TIDAK ADA MANA-MANA PERNIAGAAN, PEKERJAAN, MULTI LEVEL MARKETING, JUTAWAN INTERNET DAN LAIN LAIN DALAM DUNIA YANG MAMPU MENAWARKAN BONUS SEBANYAK INI!!!

BAGAIMANA DENGAN ANDA? MASIH NAK JADI PAPA KEDANA ATAU JADI JUTAWAN!!!!! AYUH AJAK KELUARGA, RAKAN DAN YANG LAINNYA MENYERTAI KAMI MENJADI JUTAWAN JANGAN LEPASKAN PELUANG INI SEBELUM TERLAMBAT DAN TARIKH TUTUP SAMPAI.

TETAPI SEDIHNYA MASIH RAMAI KITA YANG MAHU MISKIN DIDUNIA DAN MISKIN DI AKHIRAT! MENGAPA?

ALAH SWT JUGA MENGAJAR KITA BAHAWA SESUNGGUHNYA KITA MANUSIA INI SENANTIASA (DIULANGI SENANTIASA) BERADA DALAM KERUGIAN MELAINKAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN JUGA DI DALAM KESABARAN.

TAK GUNA JIKA KITA ADA DEGREE KE, JADI AKAUNTAN KE, MASTER IN BUSINESS ADMIN (MBA) KE, KALAU TAK TAU NAK KIRA UNTUNG RUGI BERNIAGA DENGAN ALLAH SWT.

JADI MARI KITA LIHAT SIAPA YANG UNTUNG SIAPA YANG RUGI!!!!!!

*SESUNGGUHNYA RM1.00 TAK MUNGKIN SAMA NILAI DENGAN 1 PAHALA ALLAH SWT. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU BERAPA BESAR NILAINYA SATU PAHALA ITU. RENUNGKANLAH. WALLAHU'ALAM.

SELAMAT BERPUASA,

SELAMAT BERAMAL,

SEMOGA RAMDHAN INI MEMBERI SATU MAKNA KEPADA KITA. REBUTLAH PELUANG YANG HADIR SETAHUN SEKALI INI SAHAJA. MUNGKINKAH INI RAMDHAN TERAKHIR BUAT KITA TAK SIAPA YANG TAHU.......
Debat Tambah Bini

Oleh : Zamri Keciks

Anda teringin sangat nak berpoligami? Tetapi sanggup ke isteri anda bermadu tiga? Berdebatlah dulu untuk mendapat jawapan yang menyakinkan. Jika tidak, silap haribulan anda bakal menjadi mencetus perang besar yang mana diakhirnya kekalahan pasti jatuh ke tangan anda. Ada berani?

Al-kisah seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi..

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga”. Isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu “Singular“; dua atau lebih “Plural”

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi

Thursday, August 20, 2009

Permata Hati



Doa Malam Terakhir Bulan Sya’ban dan Malam Pertama Bulan Ramadhan
Oleh : Shah Bundy

Dengan asma AllahYang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan dijadikan petunjuk bagi manusia, penjelasan dari petunjuk dan pembeda. Bulan Ramadhan telah datang , maka selamatkan kami di dalamnya, alirkan kedamaiannya pada kami, jadikan ia keselamatan bagi kami dalam kemudahan dan keselamatan dari-Mu. Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan mensyukuri yang banyak, terimalah amalku yang sedikit.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, jadikan bagiku jalan pada semua kebaikan, dan penghalang dari semua yang tidak Engkau cintai, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Yang Memaafkan kesalahanku dan kejelekan yang kusembunyikan. Wahai Yang Tidak menyiksaku karena perbuatan maksiatku, maafkan daku, maafkan daku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia.

Tuhanku, Kau sadarkan aku, tapi aku belum juga sadar. Kau halau daku dari larangan-Mu, tapi aku belum juga terhalau, lalu apalagi alasanku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia, maafkan daku, maafkan daku.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kedamaian saat kematian menjemputku, dan maafkan daku saat amalku dihisab. Besar sudah dosa hamba-Mu ini, maka ampuni daku dengan ampunan yang baik dari sisi-Mu wahai Yang Maha Menjaga dan Maha Mengampuni, maafkan daku, maafkan daku.

Ya Allah, aku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, yang lemah dan butuh pada rahmat-Mu. Sementara Engkau Yang Menurunkan kekayaan dan keberkahan kepada semua hamba-Mu, Engkau Maha Perkasa dan Maha Kuasa, Engkau menghitung semua amal mereka, Engkau yang membagikan rizki mereka. Engkau ciptakan mereka berbeda-beda dalam bahasa dan kulit dari generasi ke generasi berikutnya. Hamba-Mu tak akan mampu mengetahui semua ilmu-Mu, hamba-Mu tak akan mampu menolak takdir-Mu. Kami semua butuh pada rahmat-Mu, maka jangan palingkan wajah-Mu dariku, jadikan aku tergolong pada hamba-Mu yang shaleh dalam amal dan keinginan, dalam ketetapan dan takdir-Mu.

Ya Allah, hidupkan daku dalam kehidupan yang paling baik, dan matikan daku dalam kematian yang terbaik mengikuti para kekasih-Mu dan menjauhi musuh-musuh-Mu, takut dan patuh pada-Mu, memenuhi dan menerima perintah-Mu, membenarkan kitab-Mu dan mengikuti sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah, semua yang ada dalam hatiku: keraguan, penentangan, keputus-asaan, kesenangan yang berlebihan, kesombongan, keangkuhan ketika mendapat nikmat, prasangka buruk, riya’ atau suka pujian, permusuhan, kemunafikan atau kekufuran, kefasikan atau kemaksiatan, atau kebanggaan, atau sesuatu yang lain yang tidak Engkau ridhai.

Karena itu, aku memohon kepada-Mu, gantikan semua itu dengan keimanan pada janji-Mu, pemenuhan perintah-Mu, ridha pada ketentuan-Mu, kehidupan zuhud di dunia, harapan pada yang ada di sisi-Mu, kedamaian dan taubat yang sebenarnya; aku memohon semua itu kepada-Mu ya Rabbal ‘alamin.

Tuhanku
Engkau dimaksiati karena santun-Mu,
Engkau ditaati karena kemuliaan dan kedermawanan-Mu, seolah-olah Engkau tidak pernah dimaksiati olehku dan oleh seluruh penghuni bumi

Maka jadilah Engkau bagi kami Yang Maha Dermawan dengan segala karunia-Mu, Yang Maha Peduli dengan segala kebaikan-Mu.
Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi
Semoga shalawat senantiasa tercurahkan kepada Muhammad dan keluarganya, shalawat yang abadi yang tak terhitung jumlahnya dan tak terukur nilainya oleh selain-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.

(kitab Mafatihul Jinan, bab 2, pasal 2)

Wassalam

Wednesday, August 19, 2009

Sayang Ayah
By: agussyafii

Ada Hadist yang saya suka, Baginda Nabi Muhamad SAW bersabda, 'Orang yang penuh cinta kasih akan dikasihi oleh Ar-Rahman (Allah SWT). Sayangilah yang ada di muka bumi niscaya engkau akan disayangi oleh yang ada di langit.' (Hadist Riwayat At-Tirmidzi) .

Hadist inilah yang memberikan saya semangat untuk mengungkapkan sayang saya untuk anak dan istri saya. Sepanjang hidup saya tidak pernah bapak saya mengatakan 'Aku sayang kamu..anakku. ' Begitu beranjak dewasa maka terasa asing buat bapak saya untuk mengatakan itu pada saya. Namun begitu Hana putri saya terlahir dan beranjak mulai bisa mengucapkan kata-kata yang meluncur dibibirnya yang mungil adalah 'Hana, sayang ayah.'

Bila saya mendengarkan ucapan Hana putri saya, 'Hana sayang ayah' dengan ekspresi wajahnya teramat lucu terasa ada yang menyentuh dilubuk hati saya yang paling dalam. Kebahagiaan sekaligus begitu mengharukan. Ungkapan Hana sayang ayah, begitu tulus.

Pernah suatu hari sebelum saya berangkat kerja, saya kelupaan untuk berpamitan dengan istri saya dan Hana. Biasanya kalau saya berangkat, Hana cium tangan saya dan tidak lupa mengucapkan 'Hana sayang ayah.' Begitu motor melaju ditengah kepadatan jalan raya. melewati jalan ke arah Cipulir, motor yang saya kendarai tertabrak mobil dari belakang. Badan saya terpental. Motor berada dikolong mobil. Dalam kondisi tengah tersadar, air mata saya menetes. Teringat kata-kata Hana, 'Hana sayang Ayah.'

Sejak kejadian itu setiap kali Hana mengatakan 'Hana sayang ayah' saya selalu menjawabnya, 'Ayah juga sayang Hana.' Terbayang kondisi yang terkapar, tidak tahu berapa lama usia. Saya hanya tidak ingin kehilangan momen untuk menyatakan sayang saya pada Hana putri saya. Bisa jadi ungkapan sayang itu adalah ungkapan yang terakhir kalinya.


Jangan pernah lupa untuk mengungkapkan kasih sayang anda untuk orang yang anda cintai, bisa jadi perpisahan itu untuk selamanya.


Wassalam,
agussyafii

Cinta lewat usia

Oleh : anuarani

Benarkah usia mempengaruhi hasrat cinta seseorang?

DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.

Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.

Usia 30-an

Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.

Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.

Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.

* Tentukan batas waktu

Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.

Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.

Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.

Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.

* Fleksibel

Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.

Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.

Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.

Usia 40-an

Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

* Perbaiki keterampilan bercinta

Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.

Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.

* Elak bercinta selepas cerai

Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.

Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:

nAdakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?

nAtau adakah semua wanita materialistik?

nAdakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?

nAdakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?

Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.

* Hati-hati dengan buah hati

Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.

Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul.

Thursday, June 18, 2009

wajah ceria anak2 kesayanganku sewaktu bercuti di PD

Pada cuti sekolah yang lalu, aku membawa isteri dan anak2 ku ke PD untuk bercuti. Kelihatan wajah ceria dan seronok terpapar di wajah mereka.

Si kakak dan si farhanah memang dah lama gian nak mandi di kolam renang. Sehari sebelum kami ke PD, kami ke pantai Morib sebagai warming up kononnya tapi kedua2 mereka kelihatan tidak ceria kerana air pantai tersebut merimaskan mereka.
Syuhada anak ke 3 kami pun semasa di pantai Morib memang tak mahu jejak pantai tersebut.
Mungkin kerana ombaknya yang agak kuat menyebabkan rasa takut wujud pada dirinya. Maklumlah Syuhada baru setahun lebih.

Bila di PD lain pulak, seronok dan exited
sungguh Syuhada mandi di kolam renang tu. Mana taknya, airnya yang tenang daan jernih menarik minatnya untuk mencuba2 berendam di dalamnya hinggalah pada hari kedua mandi di kolam renang tu dia mandi hingga terlena. yang paling best terlena dgn nyonyot menyumbat mulutnya.


Irsyad anak lelaki sulung aku pulak tak dapat mandi bersama. Dia hanya menghabiskan masanya di dalam baby trolly. Takkan aku nak bagi dia join sekali mandi dgn kakak2nya. Umur dia baru nak masuk 2 bulan. So dia dan isteri aku pantau je kami mandi. Terpancar di wajah mereka seakan2 mencemburui kami yang berpesta sakan mandi di kolam renang. Tapi nak buat macamana. Sabar jelah.

Wednesday, June 17, 2009

Gunung berapi Tangkuban Perahu, Indonesia



Gunung Berapi Tangkuban Perahu terletak di wilayah Bandung dimana ia berada di kawasan beriklim sejuk.

Gunung tersebut adalah antara gunung berapi yang masih aktif namun tidak membahayakan penduduk sekitar dan orang yang mengunjunginya.

Tuesday, June 16, 2009

catatan pertamaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini adalah catatan pertama di dalam blog aku.
Hari ini, di zaman yang sudah tiada sempadannya dan dunia hanya terletak di hujung jari,
menyebabkan aku perlu dan mesti berubah dan mengikut arus perubahan ini.
Bukan berubah untuk menjadi buruk tetapi menjadi lebih baik.