AEE : Wiper System

Penerangan
Sistem pengelap (wiper sistem) digunakan pada kenderaan adalah untuk membersihkan cermin jika berlaku kotoran dan yang paling penting ialah digunakan pada waktu hujan.Tanpa penggunaan wiper motor maka kenderaan susah untuk dikendalikan pada waktu hujan.
1. Column switch
2. Shaft cover
3. Wiper arm and blade assembly
4. Wiper motor
5. Front deck garnish
6. Lingkage
7. Washer hose
8. Washer nozzle
9. Washer hose
10. Washer tank
11. Washer motor

KOMPONEN-KOMPONEN WINDSHIELD WIPERS SYSTEM
1. Column Switch.
Berperanan untuk membuka dan menutup litar sistem pengelap serta menentukan kelajuan wiper motor.

2. Shaft Cover
Menutup penyambungan antara wiper arm and blade assembly dan lingkage.

3. Wiper arm and blade assembly
Wiper arm
Merupakan rangkaian yang mengerakkan bilah pengelap untuk mengelap air atau kotoran yang terdapat pada cermin kereta.
Wiper blade
Merupakan bilah getah synthetic bagi menyapu air atau kotoran yang terdapat pada cermin.

4. Wiper Motor
Wiper motor DC menghasilkan kuasa putaran bagi menggerakkan Wiper arm and blade assembly.

5. Front Deck Garnish
Berperanan untuk menutup rangkaian wiper arm.

6. Lingkage
Satu unit penyambung yang menghubungkan antara wiper motor dengan wiper arm.

7. Washer Hose
Saluran paip untuk menyalurkan air kepada washer nozzle.

8. Washer Nozzle
Untuk memancutkan semburan air ke atas cermin.

9. Washer Tank
Bekas untuk menakung air bagi tujuan membersihkan cermin.

10. Washer Motor
Satu unit pam untuk mengepam air untuk disalurkan kepada sistem pengelap.

Contoh Wiper Motor

OPERASI WIPER 3 KELAJUAN MENGGUNAKAN LITAR ELEKTRONIK
OPERASI WIPER KELAJUAN RENDAH
Bila suis wiper dikedudukan ‘LO’dengan suis penyalaan di’ACC’atau kedudukan ‘ON’wiper beroperasi pada kelajuan rendah.

OPERASI WIPER SEMASA INTERMITTENT
Bila suis wiper di ‘INT’ suis penyalaan di ‘ACC’ atau ‘ON’, geganti (relay) interminttent wiper di jana bagi membolehkan geganti tutup dan buka berulang-ulang. Bila titik geganti tertutup motor wiper dijana.bila titik geganti buka motor tidak dijana ini membuat motor berpusing dan tidak berpusing, ini dapat kita lihat wiper berhenti dan bermula semula.

OPERASI WIPER SEMASA ‘KELAJUAN TINGGI’ (HIGH)
Suis wiper di kedudukan ‘HI’ dari bateri mengalir ke wiper motor secara terus tiada sebarang rintangan, motor berpusing pada kelajuan tinggi.

Jarak pepasangan wiper balde dan wiper arm pada cermin hadapan kenderaan
Standard value :
A = 20mm – 30mm ( 0.79 in. – 1.18 in. )
B = 15mm – 25mm ( 0.59 in. – 0.98 in. )