MOTOR PENGHIDUP
PENERANGAN
Litar penghidup merangkumi gabungan penting peralatan elektrik dan peralatan mekanikal yang membuat kerja bersama dengan tepat. Jika tidak, enjin tidak boleh dihidupkan. Litar penghidup mestilah mampu mengengkol enjin (sehingga 250 p.s.m) dalam semua keadaan cuaca. Ianya tidak dibuat mengikut keadaan satu cuaca untuk satu negara sahaja. Contohnya negara jepun yang cuacanya sejuk, mereka tidak membuat litar penghidup untuk kegunaan musim sejuk sahaja tetapi ia mestilah dibuat untuk kegunaan musim panas dan sebagainya jika tidak enjin tidak akan dapat beroperasi dengan sempurna dan lancar. Oleh itu pihak pengeluar membuat litar tersebut bersesuai dengan semua keadaan cuaca.
Motor penghidup biasanya 0.5 hingga 2.6 hp (0.4 - 2.0 kw) dan boleh menghasilkan hamper 8 hp (6kw) pada jangkamasa yang pendek permulaan mengengkol. Bateri, mestilah dalam muatan yang betul (battery capacity) dan sekurang-kurangnya 75 % cas untuk menentukan cukup arus disalurkan kepada motor penghidup.Arus yang tinggi yang diperlukan oleh motor penghidup mestilah boleh disambungkan dan diputuskan.Suis yang besar diperlukan jika arus dikawal terus oleh pemandu.Dengan ini suis penyalaan digunakan utnuk menjalankan solenoid yang memindahkan arus tinggi.Pinion penghidup ialah gear kecil yang bercantum dengan gear flywheel dan memindahkan kuasa motor penghidup untuk memusingkan enjin.
Arus kuasa motor penghidup kawalan soleniod dikendalikan oleh pemandu melalui ignition switch. Empat fiel windings menggunakan dawai aluminium atau tembaga kasar mengelilingi teras besi lembut. Garis luaran teras besi itu dibuat melengkung mengikut bulatan sebelah dalam field housing. Teras besi lembut dinamakan pole shoes. Dua dari pole shoes dililit dalam satu arah untuk menghasilkan magnet kutub utara, manakala dua lagi pole shoes dililit dalam arah yang berlainan untuk menghasilkan magnet kutub selatan.
Di dalam field windings, armature disokong oleh buah (alas) pada kedua-dua hujung shaft, yang membenarkan ia berpusing.armature terbentuk daripada lapisan kepingan logam bulat yang nipis dan balutan dawai tembaga berpenebat disepanjangnya (laminated iron core).
Lapisan teras besi (laminated iron core) menyokong gelungan dawai tembaga dan mambantu memadatkan medan magnet yang dihasilkan oleh armature. Pada hujung gelungan armature dipaterikan kepada commutator segments. Ia bergeser dengan carbon brush yang memindahkan arus (secara geseran) dari bateri ke armature. Carbon brush dibuat daripada campuran tembaga dan carbon. Campuran ini bertujuan sebagai pengalir arus yang baik, carbon digunakan sebagai pelincir untuk mengurangkan kehausan commutator segments dan carbon brush itu sendiri.
LITAR PENGHIDUP
BAGAIMANA MOTOR PENGHIDUP BEKERJA
Motor penghidup mengandungi main field housing, commutator end housing dan drive end housing. Drive end housing mempunyai ‘pinion gear’ yang bertemu dengan flywheel ring gear untuk memusingkan enjin. Commutator end bracket memegang carbon brush.Through bolt memegang tiga komponen utama dalam satu himpunan.Motor penghidup menggunakan prinsip elektromagnet untuk menukarkan tenaga elektrik daripada bateri (sehingga 500A) kepada tenaga mekanikal (sehingga 8 hp @ 6 KW) untuk mengengkol enjin.Main field housing mengandungi empat field winding yang disambung terus kepada punca positif bateri untuk menghasilkan medan magnet kuat di dalam motor penghidup.
Di dalam perumah motor penghidup, field coils juga menghasilkan medan magnet yang kuat. Armature yang dipasang di tengah medan magnet ini mempunyai kelegaan yang amat sedikit dengan field coils. Apabila arus mengalir melalui pengalir (armature) yang berada di tengah-tengah field coils, urat daya magnet akan terhasil disekeliling pengalir. Di satu bahagian pengalir,urat daya magnet pengalir adalah sama dengan arah urat daya magnet meningkat apabila kedua-duanya bergabung. Sebaliknya disatu bahagian lain pengalir bergerak dari kawasan yang kuat medan magnetnya ke arah kawasan yang lemah medan magnetnya. Dengan ini armature berpusing.
Motor penghidup menggunakan 4 carbon brush,2 carbon brush digunakan untuk memindahkan arus keluar dari field windings ke armature dan dua lagi adalah pembumi selepas arus keluar dan dan masuk ke dalam armature windings di mana medan magnet terbentuk disekeliling setiap gelungan tembaga,dua medan manget yang kuat terjadi di dalam field housing menghasilkan daya yang memusingkan armature.
BAGAIMANA MAGNETIC FIELD MEMUSINGKAN ARMATURE
Satu daripada prinsip asas elektromagnet ialah setiap pengalir yang mengalirkan arus akan menghasilkan medan magnet. Kekuatan medan magnet ini bergantung kepada berapa banyak arus yang mengalir di dalam pengalir.
Wan Rosdy: Insentif Kecemerlangan Pendidikan, Kerajaan Pahang Sedia
Peruntukkan Sebanyak RM1 Juta
-
*RAUB*: Kerajaan Negeri Pahang menyediakan insentif RM1 juta buat golongan
muda yang cemerlang dalam pendidikan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja ...