AEE : Ignition System

PENERANGAN

Didalam sistem penyalaan terdapat beberapa peralatan-peralatan yang bekerja rapat diantara satu sama lain untuk menghasilkan pembakaran yang baik dalam selinder. Sistem ini dilengkapi pada injin adalah bertujuan untuk:
a. Mengadakan lompatan bungaapi untuk membakar campuran udara dan bahanapi
yang telah termampat dalam ruang selinder.
b. Mengimbangi masa pembakaran supaya tepat mengikut keadaan perjalanan
enjin.

JENIS -JENIS SISTEM PENYALAAN
Terdapat beberapa jenis sistem penyalaan yang biasa digunakan pada kenderaan hari ini. Jenis-jenis tersebut adalah saperti berikut.
a) Sistem penyalaan bateri
b) Sistem penyalaan magneto
c) Sistem penyalaan transistor
d) Sistem penyalaan nyahcas kapasitor (Capacitor Discharge Ignition
System – C.D..I).

A) SISTEM PENYALAAN BATERI
Sistem ini merupakan sistem lazim yang mengawal proses penyaalaan melalui sentuhan pemutus mekanikal. Sistem ini juga dikenali sebagai Sistem Penyalaan Gegelung (coil ignition system). Ia terdiri daripada alat -alat berikut:
a) Bateri
Ia adalah merupakan satu sumber tenaga.

b) Suis penyalaan
Satu alat yang digunakn untuk meninggikan voltan.

c) Gegelung Penyalaan
Alat yang digunakan untuk meninggikan voltan.

d) Pengagih
Alat untuk mengagih agihkan voltan tinggi pada semua selinder mengikut arahan pembakaran.

e) Titik sesentuh
Satu alat yang digunakan untuk memutuskan dan menyambungkan litar. Alat ini terangkum didalam unit pengagih.

f) Kondenser
Alat ini digunakan untuk menyerap karan pada titik sesentuh semasa ia terbuka. Kondenser juga dapat membantu mempercepatkan lagui kejatuhan medan magnet di dalam gelung penyalaan untuk meninggikan voltan.

g) Rotor
Alat ini terangkum didalam pengagih bertujuan untuk menghantar voltan tinggi ke kabel palam pencucuh.

h) Palam Pencucuh
Satu alat yang paling akhir didalam sistem penyalaan yang bertujuan untuk menghasilkan lompatan bungapi pada hujung elektrod nya untuk membakar
campuran udara dan bahanapi. Alat ini di pasangkan dikepala selinder. Jumlahnya adalah bergantung kepada berapa banyaknya selinder yang terdapat pada sesebuah enjin.

i) Kabel Voltan Tinggi
Berperanan untuk megalirkan voltan yang tinggi antara tudung pengagih ke palam pencucuh.

B) SISTEM PENYALAAN MAGNETO
Sistem ini merupakan satu sistem tanpa pengagih. Biasanya ia menggunakan satu set Generator magnet tetap yang disamping itu ia juga berfungsi sebagai Roda Tenaga. Set generator ini pula terdiri dari dua gelung angkir, iaitu Angkir Penyalaan dan Angkir Generator. Ia biasa nya digegaskan pada enjin Dua Lejang dan enjin empat Lejang pada Motosikal dan juga pada enjin -enjin yang kecil saperti enjin ‘Stationary’.

C) SISTEM PENYALAAN TRANSISTOR
Sistem ini menyediakan penyalaan yang baik menurut kadar kelajuan enjin rendah. Ia menggunakan transistor sebagai sistem Picuan Pemutus dan percikkanya melebihi kadar 18000 percikan seminit. Kadar maksima yang boleh dicapai ialah 21000 percikan seminit. Dalam sistem ini disesuaikan tanpa suis pemutus yang tidak mengalami kehausan mekanikal. Dalam sistem ini komponen -komponen yang terlibat ialah:
a. Bateri
b. Suis Penyalaan
c. Perintang Ballast
d. Gegelung Penyalaan
e. Kekotak Pemicu
f. Palam Pencucuh
g. Dawai Tekanan Tinggi / Kabel voltan Tinggi

D) SISTEM PENYALAAN NYAHCAS KAPASITOR ( C.D.I )
Dalam aturan kelajuan tinggi, sistem Nyahcas Kapasitor menyediakan satu voltan pendua yang bernilai tinggi dan lebih tenaga penyalaan berbanding dengan penyalaan transistor. Sistem ini digunakan khusus “Thyristor” kawalan tanpa pemutus. Kuasa yang digunakan boleh dikecilkan saperti dalam penyalaan transistor dan Cas Denyut. Komponen -komponen yang terlibat didalam sistem ini adalah :
a) Bateri
b) Suis Penyalaan
c) Kotak Pemicu
d) Alatubah Penyalaan
e) Denerator Denyut jenis aruhan
f) Pengagih Penyalaan
g) Palam Pencucuh

SISTEM PENYALAAN ELEKTRONIK
Sistem penyalaan elektronik juga dipanggil ‘solid state’ atau juga sistem penyalaan transistor. Sistem ini menggunakan litar kawalan elektronik bagi mengoperasikan sistem nya. Sistem ini tidak langsung menggunakan pemutus litar jenis mekanikal sebaliknya menggunakan perintang dan transistor bagi mengawal litar operasinya.

JENIS-JENIS SISTEM PENYALAAN ELEKTRONIK
1. Magnetic Pluse Generator (Magnetic Pick up)
2. Hall Effect Distributor
3. Photodiode Disrtibutor

BINAAN SISTEM PENYALAAN ELEKTRONIK JENIS MAGNETIC PLUSE GENERATOR
Jenis ini distributornya sama saperti jenis conventional tetapi alat-alat elektronik telah mengambil tempat alat-alat mekanikal. Ia terdiri dari beberapa bahagian utama saperti :
1. Pick -up coil assembly juga dikenali dengan signal generator sensor,
stator, pole piece dan magnetic pick-up.
2. Regulator juga dipanggil trigger whell, armature dan timer core.
3. Igniter assembly yang terdiri dari komponen-komponen elektronik seperti transistor dan resistor.

Nama-nama yang dinyatakan diatas adalah mengikut pembuat-pembuat kenderaan, fungsi dan peranannya adalah sama tetapi nama mungkin berbeza mengikut pengeluarnya.

PICK-UP COIL
Mengandungi gelung deria (sensing coil) bersama magnet tetap yang mempunyai terminal positf dan negatif yang dipasang di dalam perumahan pengagih.

TRIGGER WHEEL
Di pasang dihujung atas aci pengagih untuk mengaruh arus pergolakan (fluctuates) kedalam gelung pemungut. Roda picu berpusing dengan aci pengagih bagi menghasilkan isyarat sesuai dengan pusingan seminit enjin. Isyarat ini dikenali sebagai isyarat voltan (voltage signal).

LITAR ELEKTRONIK
Terdiri dari perintang yang menghadkan aliran voltan diantara 3-8 volt. Satu transistor yang mempunyai 3 elemen iaitu E = emitter, C = collector dan B = base. Ia boleh beroperasi jika arus yang kecil mengalir dari E ke B dan transistor ON, arus yang besar pula akan mengalir dari C ke E (proses polarity berlaku).

OPERASI SISTEM PENYALAAN ELEKTRONIK JENIS MAGNETIC PULSE

Berdasarkan gambarajah diatas suis penyalaan “ON” injin “OFF” voltan bateri melalui suis, voltan tinggi di titik “P” transistor “ON”. Karan mengalir ke gelung utama. Enjin dihidupkan (timing rotor berpusing) isyarat AC dijana digelung pemungut (pickupcoil). Bezaupaya isyarat berlaku dititik “P”. Transistor “ON” dan “OFF” voltan tinggi teraruh ke gelung pendua dan bunga api terhasil di palam pencucuh.

OPERASI PHOTODIODE DISTRIBUTOR
Jenis juga dipanggil ‘Optical Sensor’ . Ia boleh bertindak balas atau dengan cara melihat pancaran cahaya daripada LED (light emitting diode). Timing disc atau roda picu memusingkan LED dan photodiode oleh operasi injin, lurah dalam disc melepasi diantara photodiode dan LED. Ini membenarkan pancaran cahaya isyarat daripada LED kepada photodiode. Photodiode boleh menghasilkan isyarat voltan sama dengan pusingan disc dan enjin RPM. Litar amplifier menambah kekuatan isyarat dan hantar isyarat ke sistem kawalan elektronik (lihat gambarajah disebelah sebagai panduan)

OPERASI HALL EFFECT DISTRIBUTOR
Ia adalah satu jenis bahan separuh pengalir (semi conductor). Suis akan bertindak balas dengan pegerakan roda picu (trigger wheel) yang menghasilkan isyarat voltan.

OPERASI
Gambarajah A, Bilah (blade) berpusing keluar daripada alat ‘Hall Effect’. Renggang udara (air gap) tidak disekat medan magnet boleh menembusi lapisan separuh pengalir Hall Effect. Voltan Hall maksima dan suis pengalir di ‘ON’ kan. Ini akan pusingkan ‘OFF’ pada unit kawalan elektronik voltan tinggi digelung pendua dan penyalaan dipalam pencucuh.

Gambarajah B, bilah (blade) telah bergerak masuk kedalam renggang udara. Medan magnetik disekat dan suis menjadi lemah. Voltan Hall yang minima dan suis Hall tertutup (OFF) . Isyarat unit kawalan elektronik pusing ‘ON’ dan karan disuap melalui gelung penyalaan dan bersedia untuk pembakaran semula.

KETERANGAN TAMBAHAN GAMBARAJAH
Memahami operasi jenis ‘Hall pickup’ .A. Bilah tiada dalam hall pickup. Medan magnet bolih melepasi bahan separuh pengalir atau chip. Ini akan ON chip IC dan isyarat ke ECU. B. Bilah berpusing kedalam pickup, menghalang medan magnet mengalir ke chip bahan separuh pengalir. Chip akan off dan ECU boleh gunakan isyarat untuk opersikan keluaran gelung penyalaan. Ehsan (Robert Bosch).