1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok
-
*PETALING JAYA:* Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun
pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang akan
berlang...
Tuesday, July 17, 2012
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a
PM DRS. KHALIL IDHAM LIM
26 Syaaban 1433H. [MOD] -
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment