Monday, April 26, 2010

Penilaian prestasi anak2

(Mahad/Tadika Fakeh)

Assalamualaikum wbt

Sudah terlalu lama tak update blog ni. Bohong la kalau aku katakan tiada masa untuk meng update nya. Kalu nak bagi alasan, 1001 alasan boleh aku nyatakan. Apapun hari ini tergerak pulak nak menulis. Itupun setelah petang semalam sambil-sambil minum petang pekena kopi O panas dan roti bakar sapu planta+gula dan peanut+strawberry (fuh! marvelous) buatan tangan isteri tersayang. Tetiba je dia bertanya,"Hai bang, lama tak update blog." Dalam hati aku, "Eh! tak sangka pulak isteri aku ni melayan juga blog aku."

Banyak peristiwa berlaku sepanjang tempoh aku tidak meng update blog ni. Antara yg nak aku kongsikan ialah berkenaan persekolahan anak2 aku. Puteri sulung kami bersekolah di Mahad Tahfiz fakeh dan puteri ke-2 kami bersekolah di Tadika fakeh. 2 minggu lepas, kami para ibubapa dijemput hadir ke sekolah bagi mendapat maklumat perkembangan pembelajaran anak2 kami bagi suku tahun pertama persekolahan bermula Jan-April 2010.

Puteri per-1 kami Kakak (Humairak) berumur 6 tahun,guru kelasnya (Ustazah Nurul A'ainaa) bagitau Kakak seorang pelajar yg sangat merendah diri. Banyak menyendiri. Kalau bermain pun dengan seorang lagi kawan perempuannya. Kawan yang lain lelaki. Kalau kakak ada berselisih faham dgn kawan pompuannya tu, apalagi menghalwatkan diri le dia jawabnya. Jumlah pelajar tahun 1 cuma ada 11 orang.

Alhamdulillah Kakak mendapat keputusan yang cemerlang dalam 8 subjek mata pelajarannya ( 1A+ dan 7A) manakala 2 subjek dapat B iaitu penulisan dan kegiatan kokurikulum. Berkenaan dengan penulisan, tulisan Kakak masih agak lemah. Mungkin disebabkan dia masih berumur 6 tahun. Semasa kegiatan Koko, Kakak kerap berasa takut-takut untuk menangkap bola dengan baik apabila bola di campakkan kepadanya. Kelakar juga bila mendengar penerangan dari ustazah. Padahal bab main Kakak tak kurang juga hebatnya.

Berkenaan surah hafazannya, Kakak dah hafaz hingga surah ke 28 dan dia pelajar pertama dalam kelasnya yg dah capai surah tersebut. Alhamdulillah. Pihak sek mensasarkan hingga bulan Jun ni para pelajar tahun 1 harus menghafaz hingga surah ke 30.

Setelah selesai urusan Kakak, kami ke kelas Manja(Farhanah) puteri ke-2 kami. Manja berumur 4 tahun dan berada di Tadika Fakeh. Ustazah Alia bagitau Raihan (panggilan di Tadika) ni seorang yang ceria dan peramah. Bila tanya sepatah, beribu2 patah dijawabnya. Dari segi keinginan untuk tahu sesuatu dan mencuba sangat tinggi. Berkenaan keputusan mata pelajarannya pula adalah memuaskan (77%). Ok la tu. Lagipun Manja masih 4 tahun. Sekurang2nya Manja dah hafaz surah hingga surah Al-Humazah, Alhamdulillah. Iqra' 2 pun dah nak habis. Pihak Tadika bagitau,target pelajar2 tadika hingga bulan Jun ni khatam Iqra' 3. Ok apa.

Manja ni kalu kat rumah memang rajin dan tekun buat keje sekolah khususnya kerja Gundalnya. Tak payah disuruh dia akan buat hingga selesai. Kekadang tu aku saje je menyakatnya. "Farhanah bila nak berhenti ni?" Jawabnya, "Ala abie ni sibuk la." Lepas beberapa ketika dia pun berhenti. "Kenapa berhenti? aku mengusik lagi. "Ala penat la Bie." Aku dan isteri ketawa kecil melihat gelagatnya.

Setelah selesai urusan tersebut, kami terus ke bandar Temerloh bagi membeli serba sedikit keperluan rumah. Ummie ada membeli beberapa buah buku untuk tujuan latihan penulisan kakak dan Farhanah. Mantop la Ummie ni. fast action fast furious. Hehe.
Cuma bola je lupa nak beli. Nanti Ummie beli ye. Hehe.

Mengapa kami memilih untuk menghantar anak2 ke Mahad dan Tadika Fakeh? Bukan ke yurannya agak mahal dan perlu dibayar pada tiap2 bulan? Ye, memang mahal jika dibandingkan yuran bagi sek Pra atau tadika Kemas. Kalau fikir logik akal, lebih baik bayaran tu bayar duit kereta bulan2. Setakat proton saga BLM masih lepas punya.haha.. Tapi kenapa agaknya ye?..Jawab sendiri lah.