Friday, December 23, 2011

Majlis Ihtifal Sanawi 2011 Maahad Tahfiz Fakeh

Alhamdulillah pada 17 Disember yang lalu, satu majlis Ihtifal Sanawi 2011 Maahad Tahfiz Fakeh dan Tadika Fakeh telah diadakan di Dewan orang ramai Taman Temerloh Jaya. Program tersebut adalah bagi melabuhkan tirai sesi persekolahan 2011. 'Al-Quran Dijulang Anak Gemilang' itulah motto Maahad Tahfiz Fakeh. Majlis tersebut diisi dengan persembahan nasyid oleh anak2 Fakeh diselangi dengan penyampaian sijil dan anugerah pelajar cemerlang. Paling bermakna bagi Maahad Tahfiz Fakeh adalah majlis tahun 2011 ini adalah pertama kalinya graduan pertama UPSR(A) pelajar dari maahad ini. Pelajar terbaik mendapat 9A. Tahniah kepada pelajar2 tersebut kerana mengharumkan nama mahad disamping menjadi kebanggaan ibu dan ayah. Pastinya para pendidik mahad turut berasa bangga dan melakar senyuman melebar kerana usaha melangit dan penat lelah mereka mendidik selama ini membuahkan hasil dan pastinya menambah bara membakar untuk terus mencurahkan ilmu dan bakti kepada anak2 maahad. Tahniah ustaz/ustazah.

Anak sulung kami Humairak, berada di darjah 2, telah mendapat keputusan 9A 3B. Alhamdulillah maintain cuma peratus keputusannya berbanding peperiksaan pertengahan jatuh sedikit dari 88% ke 86%. Walaubagaimanapun tahniah dari abi dan ummie. Perbaiki subjek2 yang lemah, kekalkan subjek2 yang telah dikuasai. Mudah-mudahan terus cemerlang dimasa mendatang. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi..hehe.

Anak ke 2 kami Farhanah, berada di Tadika Fakeh, pun membanggakan kami kerana mendapat keputusan yang baik dan mendapat 'lampu hijau' daripada pihak tadika untuk masuk ke darjah 1 pada sesi 2012 nanti. Usia Farhanah pada tahun hadapan melangkah 6 tahun. Kami sememangnya berhasrat dia mengikut jejak langkah kakaknya iaitu memasuki tahun lompat dan alhamdulillah selepas ditemuduga oleh pihak maahad, farhanah berjaya.
Farhanah adalah satu2ya pelajar tadika berumur 5 tahun berjaya masuk ke darjah 1 di Maahad Tahfiz Fakeh. Tahniah 'Aina'.

Proses temuduga telah dilakukan untuk masuk ke darjah 1 atau tadika kerana permintaan yg semakin memberangsangkan dari penduduk setempat. Ini kerana keyakinan serta imej Maahad Tahfiz Fakeh telah mula bersinar. Selain daripada itu, kebanyakan ibubapa/penjaga masakini merasakan pendidikan agama sangat penting khususnya pada permulaaan kehidupan anak2 tanpa meminggirkan juga akan pendidikan duniawi. Mereka lebih rela mengeluarkan kos yang agak tinggi demi memelihara serta melahirkan anak2 yg soleh dan solehah. Tidaklah bermakna sekolah kerajaan tidak bagus cuma keyakinan itu lebih mengukuh apabila suasana Al-Quran serta isi kandungan matapelajaran di sekolah2 agama lebih menjamin selain mementingkan kualiti berdasarkan agama.

Cabaran hidup anak2 remaja kini tidak sama seperti zaman kita dulu. Hidup mereka lebih mencabar lebih2 lagi dalam keadaan dunia tanpa sempadan. Segala maklumat hanya berada dihujung jari. Pilih saja mengikut kehendak selera masing2. Seandainya jiwa mereka tidak berisi dengan agama yg kukuh dan kental, pastinya mereka akan hanyut dan mencair di dalam arus dunia globalisasi.

Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang menjadi kebanggaan kami sebagai ibubapa melainkan melihat anak2 kami cemerlang dalam pelajaran, berjaya dalam kehidupan dan yang paling utama memiliki akhlak mulia dan mempunyai kefahaman agama yang tinggi. Anak2 ku, semoga kalian cemerlang dalam kehidupan dunia dan akhirat, menjadi hafiz/hafizah, memberi sumbangan kepada agama dan jangan lupa, bila dah berjaya nanti jangan lupakan kami. Kami tidak mahukan duit kalian tetapi sentiasalah doakan kami agar sejahtera di dunia dan akhirat. Amen.

Cukur jambul

Hari ini genaplah 62 hari lahirnya putera hensem kami lahir melihat dunia. Alhamdulillah pada hari ke 7 kelahirannya, aku telah selamat mencukur rambutnya sama seperti hari ke 7 kelahiran adik beradiknya yang lain. Pada hari mencukur rambut anak2 kami, kami hanya mencukur tanpa melakukan sebarang majlis yang biasanya diiringi dengan majlis kenduri kesyukuran yang menjadi kebiasaan masyarakat dikenali 'majlis mencukur rambut atau cukur jambul'.
Pada aku, majlis 'cukur jambul' hanya sekadar adat kebiasaan masyarakat Islam melayu yang tidak menjadi kemestian melakukannya sebagai tanda syukur sempena kelahiran insan baru. Apa yang penting, sunnah mencukur rambut itu. Walaubagaimanapun insyaAllah andai ada keizinan, teringin juga membuat sedikit majlis kesyukuran kecil-kecilan samada di kg aku atau isteri.

Pada hari tersebut, dengan rasminya kami memberi nama putera hensem kami dengan nama 'Muhammad Waqqas Dhiyaurrahman'. Muhammad bermaksud yang terpuji/dirahmati dan Waqqas berupa nama sahabat nabi SAW manakala Dhiyaurrahman adalah sinaran (Allah) pengasih yang lurus. Semoga nama tersebut memberi keberkatan dan inspirasi kepadanya untuk menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat serta mujahid Islam sebagaimana menjadi cita-cita dan harapan tertinggi kami sebagai abi dan ummie.
Waqqas, suka tak nama tu?....
Waqqas dengan rambut barunya hari ke 58.