Tuesday, July 17, 2012

Skil Belajar: Banyaknya..Nak Baca Yang Mana Satu Ni?

From : Warkahsiber
Assalamualaikum.. “Banyaknya..Nak baca yang mana satu ni?”. Itulah ayat yang sering kali terdetik apabila kita selak buku nak baca, Kan? Mula-mula dah semangat nak belajar, tapi melihatkan tebalnya buku yang perlu dibaca, terus lemah jadinya. Tambahan pula dengan deretan perkataan-perkataan, langsung patah semangat. Silap-silap, tutup terus buku yang nak baca awalnya tadi. Yang menjadi masalahnya kalau tak baca, tak boleh jawab “exam” nanti. Tapi, kalau nak baca, terlalu banyak, akan ingat semua ke? Masalah ni semakin bertambah runcing apabila pelajar semakin menghampir tarikh peperiksaan. Nak habiskan semua bacaan dalam waktu yang singkat. Untuk itu, jom ikuti tips belajar daripada WS berkenaan isu “Banyaknya..Nak Baca Yang Mana Satu Ni?”
Baca Idea, Bukan Perkataan
Kebanyakan pelajar terkeliru bagaimana hendak ingat sesuatu yang dibaca. Mereka sering menghafal terus ayat yang dipetik daripada teks bacaan. Bukan tak boleh, tapi banyak yang nak diingat kalau macam tu. Sebenarnya Yang banyak itu hanyalah perkataan tambahan, seperti “yang”,“dan”, “dia”, “mulanya” dan banyak lagi perkataan lain. Yang merupakan isi penting mungkin hanya beberapa perkataan sahaja.. Jadi, jika ayat seperti ini “Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. “, isi sebenarnya hanyalah Mat Kilau matang dan disegani.. Jadi, baca idea, bukan perkataan. Hafal idea, bukan perkataan atau ayat.

Baca Awal
Jika semua pembacaan nak disumbat sekaligus, memang terasa banyak jadinya. Oleh yang demikian, amalkan bacaan berperingkat. Pepatah “sikit-sikit lama-lama jadi bukit” amatlah sesuai menggambarkan idea ini. Pembacaan sekaligus akan menyebabkan otak anda tidak mempunya masa yang cukup untuk menyusun, memahami dan menyimpan apa yang anda baca. Bila terkejar dengan masa, mulalah kalut dan stress. Faktor tekanan menjadi punca utama otak menghadapi masalah menyusun, memahami dan menyimpan data anda. Maka, bacalah berperingkat, dari awal tahun sehinggalah waktu peperiksaan, nescaya anda akan lebih mudah faham, mudah ingat dan tidak tertekan.
Papan Cerita
Teknik ini menjadikan pembacaan anda lebih menarik dan efektif. Melihatkan deretan perkataan-perkataan dalam buku teks Sejarah umpamanya, membuatkan pelajar terasa bosan dan mengantuk. Apa yang boleh dilakukan ialah menukarkan teks tersebut ke dalam bentuk papan cerita. Kan lagi best? Contohnya, teks berkenaan pertarungan antara Rentap dan British di Sarawak boleh diubah ke dalam bentuk kartun dan story board. Dengan cara ini, anda tidak membaca dan menghafal perkataan tetapi mengingati cerita. Kan lagi senang nak ingat cerita. Cubalah, best sangat jika belajar Sejarah dengan cara ini. Subjek-subjek lain pun boleh juga. Serlahkan kreativiti anda!

Baca Peta Minda/Konsep
Salah satu cara untuk mengelakkan anda daripada membaca banyak ialah memahami peta minda/konsep yang disediakan di setiap bab. Anda mungkin tidak perlu membaca semua dalam bab tersebut kerana anda mampu menjangkakan isi-isi yang akan ditemui apabila membaca kelak jika anda memahami peta minda/konsep tersebut.
Selain itu, tatkala anda membaca, anda menjadi semakin faham dan mudah untuk belajar . Ini kerana anda hanya perlu menyambungkan isi-isi daripada peta minda/konsep tadi sahaja. Ianya seperti anda telah siap 60% “jigsaw puzzle” anda, cuma nak masukkan kepingan-kepingan “puzzle” yang tertinggal sahaja. Dengan ini, anda telah menjimatkan masa dan tenaga daripada membaca deretan perkataan dalam bab tersebut.
Kesimpulannya, untuk berjaya dalam pembelajaran para pelajar perlu belajar dan perlu belajar cara nak belajar. Mengetahui cara belajar yang betul dan efektif dapat membantu menjadikan pembelajaran anda lebih berkesan. Bila belajar dah berkesan, Insyaallah “result” pun gempak la jadinya.Jika para pelajar mempunyai persoalan dan permasalahan tentang skil belajar, sudilah berkongsi dengan WS di Jadi, WS ucapkan All the best and Have fun studying!
Hustle up and Be GREAT!

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a

PM DRS. KHALIL IDHAM LIM
26 Syaaban 1433H. [MOD] - Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin