Wednesday, October 26, 2011

bertambahnya amanah dari Allah

Syukur teramat ku pohon kehadrat Ilahi yang maha Pengasih lagi maha Penyayang kerana telah selamat kelahiran "my 2nd hero" ke alam dunia setelah selama 40 minggu 1 hari berada di alam rahim ummie. Baby telah lahir pada 21 oktober 2011 pada jam 4.05 pagi hari jumaat bersamaan 23 Dzulqaedah 1432 dengan berat yang mengkagumkan 3.87kg. Sepatutnya mengikut perkiraan dari doktor, due date kelahiran baby adalah pada 20hb tetapi telah lahir lewat sehari iaitu keesokan harinya.

Pada saat menjelangnya kelahiran baby, doktor mengesahkan baby berada dalam keadaan baik namun semakin hampir pada tarikh yang ditunggu2 baby still cool and steady.'Ayang, mungkin ada benda yang baby tak dpt lagi. Tu yang dia tak nak kuar lagi tu',aku sengaja berseloroh kepada isteriku.'AƔh la bang, baby teringin nak makan pizza, ice blended dan wafer', dgn pantas isteriku memberi respon sambil tersenyum penuh makna.

Pada 20hb, setelah selesai check-up di klinik, kerana sepatutnya baby lahir pada hari tersebut, aku pun memenuhi keinginan baby (wakil kpd mak baby-hehe). Amboi bukan main selera lagi ummie dgn pizza supersupreme+ice blended pilihannya. 'Macamana plak dgn wafer?'tanya aku. 'Ok dah bleh cover 2 ni',kata isteriku. Tup-tup jam 2++ pagi, ummie mengejutkanku dari tidur yang lena. Dia mengatakan baby mcm dah nak kuar. Aku pun bergegas bangun menyiapkan diri bersama kk2 dan abg baby yang masih lagi amai2 dibuai mimpi.Maklumlah jam 2++ pagi. Sampai dihospital dalam 3.30++ pagi. Isteriku terus dibawa masuk ke bilik bersalin dan nurse bertugas mengatakan isteriku mcm dh tak lama nak bersalin berdasarkan kesakitan yang dialami. Aku dibenarkan menemani isteri di labour room sementara kk2 dan abg baby 'bersantaĆ­'di dlm keta. Jam 4.05min saat2 paling mendebarkan telah tiba.UWEEEEEKKKK..
Akhirnya baby yang ditunggu2 lahir dengan penuh bergaya dan sopan santun.

Hari ini telah masuk hari ke 6 baby lahir. Alhamdulillah bacaan kuningnya di bawah tahap minima 157. Jika bacaan baby 200 ke atas, baby perlu ke hospital utk rawatan susulan. biasanya baby yang didapati bacaan kuningnya tinggi, baby akan ditahan diwad dan diletakkan di bawah sinaran lampu khas bagi menurunkan bacaan tersebut.

Ish3...sampai besok pun tak habis nak citer...cukup setakat ni la utk dikongsi bersama kepada mereka2 yang mengikuti blog ini.

Semoga baby boy ke2 kami juga menjadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat seperti kk2 dan abgnya, insyaAllah. Amen.

TERIMA KASIH AYANG, TERIMA KASIH ALLAH.




hari pertama baby lahir : Hai, Assalamualaikum..







hari pertama baby lahir: Nape, tak percaya??










hari ke3 baby lahir : Best tu naik keta ngan abie, ummie, kk2+abg echad.










hari ke5 baby lahir. Alhamdulillah so far aku ok. Tima kaceh abie, tima kaceh ummie.Jgn lupa cukur rambut hari ke7 nanti beserta nama terbaeeekkk.