Monday, April 26, 2010

Penilaian prestasi anak2

(Mahad/Tadika Fakeh)

Assalamualaikum wbt

Sudah terlalu lama tak update blog ni. Bohong la kalau aku katakan tiada masa untuk meng update nya. Kalu nak bagi alasan, 1001 alasan boleh aku nyatakan. Apapun hari ini tergerak pulak nak menulis. Itupun setelah petang semalam sambil-sambil minum petang pekena kopi O panas dan roti bakar sapu planta+gula dan peanut+strawberry (fuh! marvelous) buatan tangan isteri tersayang. Tetiba je dia bertanya,"Hai bang, lama tak update blog." Dalam hati aku, "Eh! tak sangka pulak isteri aku ni melayan juga blog aku."

Banyak peristiwa berlaku sepanjang tempoh aku tidak meng update blog ni. Antara yg nak aku kongsikan ialah berkenaan persekolahan anak2 aku. Puteri sulung kami bersekolah di Mahad Tahfiz fakeh dan puteri ke-2 kami bersekolah di Tadika fakeh. 2 minggu lepas, kami para ibubapa dijemput hadir ke sekolah bagi mendapat maklumat perkembangan pembelajaran anak2 kami bagi suku tahun pertama persekolahan bermula Jan-April 2010.

Puteri per-1 kami Kakak (Humairak) berumur 6 tahun,guru kelasnya (Ustazah Nurul A'ainaa) bagitau Kakak seorang pelajar yg sangat merendah diri. Banyak menyendiri. Kalau bermain pun dengan seorang lagi kawan perempuannya. Kawan yang lain lelaki. Kalau kakak ada berselisih faham dgn kawan pompuannya tu, apalagi menghalwatkan diri le dia jawabnya. Jumlah pelajar tahun 1 cuma ada 11 orang.

Alhamdulillah Kakak mendapat keputusan yang cemerlang dalam 8 subjek mata pelajarannya ( 1A+ dan 7A) manakala 2 subjek dapat B iaitu penulisan dan kegiatan kokurikulum. Berkenaan dengan penulisan, tulisan Kakak masih agak lemah. Mungkin disebabkan dia masih berumur 6 tahun. Semasa kegiatan Koko, Kakak kerap berasa takut-takut untuk menangkap bola dengan baik apabila bola di campakkan kepadanya. Kelakar juga bila mendengar penerangan dari ustazah. Padahal bab main Kakak tak kurang juga hebatnya.

Berkenaan surah hafazannya, Kakak dah hafaz hingga surah ke 28 dan dia pelajar pertama dalam kelasnya yg dah capai surah tersebut. Alhamdulillah. Pihak sek mensasarkan hingga bulan Jun ni para pelajar tahun 1 harus menghafaz hingga surah ke 30.

Setelah selesai urusan Kakak, kami ke kelas Manja(Farhanah) puteri ke-2 kami. Manja berumur 4 tahun dan berada di Tadika Fakeh. Ustazah Alia bagitau Raihan (panggilan di Tadika) ni seorang yang ceria dan peramah. Bila tanya sepatah, beribu2 patah dijawabnya. Dari segi keinginan untuk tahu sesuatu dan mencuba sangat tinggi. Berkenaan keputusan mata pelajarannya pula adalah memuaskan (77%). Ok la tu. Lagipun Manja masih 4 tahun. Sekurang2nya Manja dah hafaz surah hingga surah Al-Humazah, Alhamdulillah. Iqra' 2 pun dah nak habis. Pihak Tadika bagitau,target pelajar2 tadika hingga bulan Jun ni khatam Iqra' 3. Ok apa.

Manja ni kalu kat rumah memang rajin dan tekun buat keje sekolah khususnya kerja Gundalnya. Tak payah disuruh dia akan buat hingga selesai. Kekadang tu aku saje je menyakatnya. "Farhanah bila nak berhenti ni?" Jawabnya, "Ala abie ni sibuk la." Lepas beberapa ketika dia pun berhenti. "Kenapa berhenti? aku mengusik lagi. "Ala penat la Bie." Aku dan isteri ketawa kecil melihat gelagatnya.

Setelah selesai urusan tersebut, kami terus ke bandar Temerloh bagi membeli serba sedikit keperluan rumah. Ummie ada membeli beberapa buah buku untuk tujuan latihan penulisan kakak dan Farhanah. Mantop la Ummie ni. fast action fast furious. Hehe.
Cuma bola je lupa nak beli. Nanti Ummie beli ye. Hehe.

Mengapa kami memilih untuk menghantar anak2 ke Mahad dan Tadika Fakeh? Bukan ke yurannya agak mahal dan perlu dibayar pada tiap2 bulan? Ye, memang mahal jika dibandingkan yuran bagi sek Pra atau tadika Kemas. Kalau fikir logik akal, lebih baik bayaran tu bayar duit kereta bulan2. Setakat proton saga BLM masih lepas punya.haha.. Tapi kenapa agaknya ye?..Jawab sendiri lah.

Monday, March 1, 2010

Resipi Penkek Cendawan & Tomato Kering

15 Rabiulawal 1431H
Email : mohd naim mohd zain


Bahan untuk krep (kulit luar):
4 butir telur
500 ml susu
250 gm tepung kek
75 gm gula putih
1 gm gula
250 gm air
50 gm mentega

Cara-cara membuat:
l. Pukul telur dan gula hingga sebati dan kembang.
2. Kemudian masukkan tepung, gula dan susu, tambahkan air sedikit demi sedikit. Gaul sebati.
3. Untuk memasaknya, panaskan kuali dan letakkan sedikit mentega. Masukkan adunan dan biarkan kekuningan. Kaup balikkan dan angkat apabila masak.

Bahan untuk inti:
200 gm cendawan -dihiris
50 gm bawang besar – dipotong bulat
30 gm tomato kering
Sedikit daun parsley - dihiris
Sedikit bahan perasa

Cara-cara membuat:
1. Goreng semua bahan di atas dan biarkan sebati.
2. Ambil kepingan krep dan letakkan adunan inti. Kemudian gulung dan masak pada suhu 160°S selama 15 minit.

Resepi Gulai Daging Salai

15 Rabiulawal 1431H
Email : mohd naim mohd zain

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging salai
250 gm cili padi
5 cm kunyit hidup
3 batang serai
500 gm santan
5 keping asam gelugur
300 gm terung telunjuk
5 tangkai cili hijau (belah dua)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Daging dipotong nipis-nipis.
2. Cili padi dan kunyit dikisar halus.
3. Jerangkan periuk dan masukkan daging, cili, serai, asam gelugur. Didihkan sehingga daging empuk.
4. Masukkan santan, garam, terung dan cili hijau.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Angkat dan hidangkan.
TAUHID AR-RUBUBIYYAH DAN TAUHID AL-ULUHIYYAH

15 Rabiul Awwal 1431H.
oleh:Ustaz Ibrahim b Zakaria

Makna kalimah tauhid

Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui,berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benardan berhak disembah ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (SWT) semata-mata.Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah.Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan denganlidah dan membuktikan dengan perbuatan.

Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beri’tiqad bahawaAllah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam.Tauhid al-Uluhiyyah pula bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahanyang sentiasa dipatuhi.
Pengertian lanjut Tauhid ar-Rububiyyah
Antara pengertian kalimah Rabb ( ) ialah:
1. As-Sayyid (Tuan)
2. Al-Malik (Yang Memiliki)
3. Pencipta
4. Penguasa
5. Pendidik
6. Pengasuh
7. Penjaga
8. Penguatkuasa.
Allah jua bersifat mutlak
Manusia, jika dia bersifat seperti memiliki danberkuasa, maka sifatnya itu sementara. Segala sesuatu di alam ini kepunyaanAllah. Apa yang dimiliki makhluk hanyalah bersifat pinjaman dan majaz (kiasan).Hanya Allah sebagai Rabb al-’Alamin (Rabb sekelian alam) dan mempunyaisegala sifat kesempurnaan. Dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna mengakibatkanseluruh makhluk bergantung kepada-Nya, memerlukan pertolongan-Nya dan berharapkepada-Nya.

Manusia, jika dia cerdik, bijak dan pandai, makasemuanya itu datang daripada Allah. Segala kekayaan dan penguasaan manusiabukanlah miliknya yang mutlak tetapi datang daripada Allah.
Manusia dijadikan hanya sebagai makhluk. Dia tidakmemiliki apa-apa melainkan setiap kuasa, tindak-tanduk, gerak nafas dansebagainya datang daripada Allah.
Allah, Dialah Maha berkuasa, mencipta, menghidupdan mematikan. Dia berkuasa memberikan manfaat dan mudarat. Jika Allahmahu memberikan manfaat dan kelebihan kepada seseorang, tiada siapa mampumenghalang atau menolaknya. Jika Allah mahu memberikan mudarat dan keburukankepada seseorang seperti sakit dan susah, tiada siapa dapat menghalangatau mencegahnya.
Oleh itu hanya Allah sahaja ‘mutafarriq’, bermaknahanya Allah yang berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudarat.
Firman Allah SWT:
“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratankepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri.Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasaatas segala sesuatu.”
(Al-An’am: 17)
Dengan sifat-sifat Allah tersebut, maka timbullahkesan tauhid kepada seseorang. Dia hanya takut kepada Allah, dan beraniuntuk bertindak melakukan sesuatu kerana keyakinannya kepada Allah.
Manusia bersifat fakir
Manusia di dunia ini bersifat fakir (tidak memilikiapa-apa), sebaliknya sentiasa memerlukan pertolongan Allah. Firman AllahSWT di dalam Al-Hadith Al-Qudsi:
“Hai manusia, kamu semua berada di dalamkesesatan kecuali mereka yang Aku berikan taufiq dan hidayah kepadanya.Oleh itu mintalah hidayah daripada-Ku.”
“Hai manusia, kamu semua lapar, kecuali merekayang aku berikan makan, oleh itu mintalah rezeki daripada-Ku.”
“Hai manusia, kamu semua telanjang kecualimereka yang Aku berikan pakaian. Oleh itu mohonlah pakaian daripada-Ku.”
Sifat fakir dan sifat kaya
Berhajatkan sesuatu adalah sifat semua makhluk.Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan makhluk lain berhajatkan kepada Allah.Oleh itu semua makhluk bersifat fakir.
Allah Maha Kaya. Dia tidak berhajat kepada sesuatu.Jika manusia memiliki keyakinan ini maka dia akan sentiasa berbaik sangkaterhadap Allah. Firman Allah SWT:

“Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepadaAllah, dan Allah, Dialah Yang Maha Kaya (yang tidak memerlukan sesuatu)lagi Maha Terpuji.” (Fathir: 15)
Fakir adalah sifat yang zati bagi setiap makhlukciptaan Allah. Kaya adalah sifat yang zati bagi al-Khaliq (Pencipta).
Dalil-Dalil Tauhid ar-Rububiyyah
Banyak dalil menunjukkan bahawa Allah itu MahaEsa dan tiada sesuatu menyamai Allah dari segi Rububiyyah. Antaranya:
1. Lihatlah pada tulisan di papan hitam,sudah pasti ada yang menulisnya. Orang yang berakal waras akan mengatakanbahawa setiap sesuatu pasti ada pembuatnya.
2. Semua benda di alam ini,daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya, menyaksikan bahawaAllah itu adalah Rabb al-’Alamin. Dia berhak ke atas semua kejadian dialam ini.
3. Susunan alam yang mengkagumkan,indah dan tersusun rapi adalah bukti Allah Maha Pencipta. Jika alam bolehberkata-kata, dia akan menyatakan bahawa dirinya makhluk ciptaan Allah.Orang yang berakal waras akan berkata bahawa alam ini dijadikan oleh satuZat Yang Maha Berkuasa, iaitu Allah. Tidak ada orang yang berakal warasakan menyatakan bahawa sesuatu itu boleh berlaku dengan sendiri.
Begitulah hebatnya Ilmu Allah. Pandanglah sajakepada kejadian manusia dan fikirkanlah betapa rapi dan seni ciptaan-Nya.
Terdapat seribu satu macam ciptaan Allah yangmemiliki sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain. Semuanya menunjukkanbahawa Allah adalah Rabb yang Maha Bijaksana .
Fitrah mengakui Rububiyyah Allah
Berikrar dan mengakui akan Rububiyyah Allah adalahsuatu perkara yang dapat diterima. Hakikat ini terlintas dalam setiap fitrahmanusia. Meskipun seseorang itu kafir, namun jauh di lubuk hatinya tetapmengakui Rububiyyah Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang:Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah.” (Az-Zukhruf:87)

“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanyadiciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.”(Az-Zukhruf:9)
Tidaklah susah untuk membuktikan RububiyyahAllah SWT. Fitrah setiap insan adalah buktinya. Manusia yang mensyirikdan mengkufurkan Allah juga mengakui ketuhanan Allah Yang Maha Pencipta.
Al-Quran mengakui adanya Tauhid ar-Rububiyyahdi dalam jiwa manusia
Al-Quran mengingatkan bahawa fitrah ataujiwa manusia memang telah memiliki rasa mahu mengakui Allah Rabb al-’Alamin.Firman Allah SWT:

“Berkata rasul-rasul mereka: Apakah terdapatkeraguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi.” (Ibrahim: 10)

“Dan mereka mengingkarinya kerana kezalimandan kesombongan (mereka) pada hal hati mereka meyakini (kebenaran)nya.”(An-Naml:14)
Keengganan dan keingkaran sebahagian manusia untukmengakui kewujudan Allah sebagai al-Khaliq (Yang Maha Pencipta), sebenarnyadidorong oleh perasaan sombong, degil (‘inad) dan keras hati. Hakikatnya,fitrah manusia tidak boleh kosong daripada memiliki perasaan mendalam yangmengakui kewujudan al-Khaliq.
Jika fitrah manusia bersih daripada sombong, degil,keras hati dan selaput-selaput yang menutupinya, maka secara spontan manusiaakan terus menuju kepada Allah tanpa bersusah payah untuk melakukan sebarangpilihan. Secara langsung lidahnya akan menyebut Allah dan meminta pertolongandaripada-Nya.
Telatah manusia, apabila berada di saat-saat genting,tidak akan terfikir dan terlintas sesuatu di hatinya kecuali Allah sahaja.Ketika itu segenap perasaan dan fikirannya dipusatkan kepada Allah semata-mata.Benarlah Firman Allah SWT:

“Dan apabila mereka dilambung ombak yang besarseperti gunung, mereka menyeru Allah dengan keikhlasan kepada-Nya, makaketika Allah menyelamatkan mereka lalu sebahagian daripada mereka tetapberada di jalan yang lurus. Dan tiada yang mengingkari ayat-ayat Kami selaingolongan yang tidak setia lagi ingkar.” (Luqman: 32)
Sesungguhnya permasalahan mengenai kewujudan Allahadalah mudah, jelas, terang dan nyata. Kewujudan Allah terbukti dengandalil yang banyak dan pelbagai.
Tauhid al-Uluhiyyah
Maksud Tauhid al-Uluhiyyah ialah kita mentauhidkanAllah dalam peribadatan atau persembahan. Allah SWT mengutuskan para rasulbertujuan menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyyah. Firman-firmanAllah SWT yang berikut membuktikan hal tersebut:

“Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhanmelainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku.” (Al-Anbiya’:25)

“Dan sesungguhnya Kami telah utuskanpada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah danjauhilah Taghut.” (An-Nahl: 36)
“Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (nabi)kepada kaumnya, lalu dia berkata (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamumenyembah Allah, (kerana) sesekali tiada tuhan melainkan Dia.” (Al-Mu’minun:23)
“Dan (Kami telah mengutuskan) kepada kaum ‘Adsaudara mereka Hud (nabi): Hai kaumku sembahlah Allah, sesekali tiada tuhanbagi kamu selain dari-Nya.” (Al ‘Araf: 65)
Cetusan rasa cinta kepada Allah
Menyembah atau beribadah kepada Allah dapat dilaksanakanapabila tercetus rasa cinta yang suci kepada Allah dan rela (ikhlas) menundukkandiri serendah-rendahnya kepada-Nya. Seseorang hamba itu disifatkan sedangmenyembah Allah apabila dia menyerahkan seluruh jiwa raga kepada Allah,bertawakkal kepada Allah, berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Allah, berpautkepada ketentuan Allah, meminta (mengharap) serta memulang (menyerah) sesuatuhanya kepada Allah, berjinak-jinak dengan Allah dengan cara sentiasa mengingati-Nya,melaksanakan segala syariat Allah dan memelihara segala perlakuan (akhlak,perkataan dan sebagainya) menurut cara-cara yang diredhai Allah.
‘Ubudiyyah yang semakin bertambah
Pengertian ‘ubudiyyah (pengabdian) kepada Allahakan bertambah sebati dan hebat kesannya dalam kehidupan manusia apabilasemakin mendalam pengertian dan keinsafannya tentang hakikat bahawa manusiaitu terlalu fakir di hadapan Allah. Manusia sentiasa bergantung dan berhajatkepada Allah. Manusia tidak boleh terlupus daripada kekuasaan dan pertolonganAllah walaupun sekelip mata.
Begitu juga dengan cinta atau kasih (hubb) manusiakepada Allah dan rasa rendah diri (khudu’) manusia kepada Allah yang akanbertambah teguh apabila semakin mantap ma’rifat dan kefahamannya terhadapsifat-sifat Allah, Asma’ Allah al-Husna (sifat-sifat Allah yang terpuji),kesempurnaan Allah dan kehebatan nikmat kurniaan Allah.
Semakin terisi telaga hati manusia dengan pengertian‘ubudiyyah terhadap Allah semakin bebaslah dia daripada belenggu ‘ubudiyyahkepada selain daripada Allah. Seterusnya dia akan menjadi seorang hambayang benar-benar tulus dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Itulahsetinggi-tinggi darjat yang dapat dicapai oleh seseorang insan.
Allah telah menggambarkan di dalam al-Qur’an keadaanpara rasul-Nya yang mulia dengan sifat-sifat ‘ubudiyyah di peringkat yangtinggi. Allah telah melukiskan rasa ‘ubudiyyah Rasulullah SAW pada malamsewaktu wahyu diturunkan, ketika baginda berda’wah dan semasa baginda mengalamiperistiwa Isra’ dan Mi’raj. Firman Allah SWT:

“Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad)apa yang telah Allah wahyukan.” (An-Najm: 10)

“Dan ketika berdiri hamba-Nya (Muhammad) untukmenyembah-Nya (beribadat), hampir saja jin-jin itu mendesak-desak mengerumuninya.”(Al-Jin: 19)
“Maha Suci Allah yang memperjalankan hambanya(Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa.”( Al-Isra’: 1)

Tauhid al-Rububiyyah menghubungkan Tauhidal-Uluhiyyah
Seperti yang telah dinyatakan di atas, Tauhidal-Rububiyyah ialah mengakui keesaan Allah sebagai Rabb, Tuan, Penguasa,Pencipta dan Pengurnia secara mutlak. Tidak ada sekutu bagi-Nya di dalam Rububiyyah.
Sesungguhnya kesanggupan dan kesediaan manusiamentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah dengan segala pengertiannya akanmenghubung atau menyebabkan manusia mengakui Tauhid al-Uluhiyyah iaitumengesakan Allah dalam pengabdian. Secara spontan pula manusia akan mengakuibahawa Allah sahaja layak disembah, selain daripada-Nya tidak layak disembahwalau dalam apa bentuk sekalipun.
Al-Quran terlebih dahulu memperingatkan orang-orangmusyrikin Quraisy agar mengakui Tauhid al-Rububiyyah. Apabila merekamenerima Tauhid al-Rububiyyah dan bersungguh-sungguh mengakuinya, makaterbinalah jambatan yang menghubungkan mereka dengan Tauhid al-Uluhiyyah.Hakikat ini jelas dan tidak boleh dicuai atau diselindungkan lagi. FirmanAllah SWT:

“Apakah mereka mempersekutukan Allah denganberhala-berhala yang tidak dapat menciptakan sesuatu apapun? Sedangkanberhala-berhala tersebut adalah buatan manusia.” (Al-A’raf: 191)

“Apakah (Allah) yang menciptakan segala sesuatuitu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapakahkamu tidak mengambil pengajaran?” (An-Nahl: 17)

“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, makadengarlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala sesuatu yang kamuserukan selain daripada Allah tidak dapat menciptakan seekor lalat, walaupunmereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatudaripada mereka, tiada mereka dapat merebutnya kembali daripada lalat itu.Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah pula yang disembah.” (Al-Hajj:73)
Ayat-ayat tersebut mengingatkan orang-orang musyrikinmengenai suatu hakikat yang nyata iaitu sembahan-sembahan mereka adalahlemah, malah tidak berkuasa untuk mencipta sesuatu walaupun seekor lalat.Jika lalat itu mengambil atau merampas sesuatu daru mereka, maka merekatidak berkuasa untuk mendapatkannya kembali. Ini menunjukkan betapa lemahyang meminta dan lemah pula yang dipinta. Oleh itu akal yang sejahteratidak boleh menerima penyembahan selain daripada Allah. Dalam peribadatanmereka tidak boleh mempersekutukan sesuatu dengan Allah. Allah adalah al-KhaliqYang Esa. Selain daripada-Nya adalah lemah dan dhaif belaka.
Tuhan-tuhan palsu yang tidak memiliki apa-apa
Al-Quran menghujah dan mengingatkan orang-orangmusyrikin bahawa apa yang mereka sembah selain daripada Allah tidak memilikisebutir atom pun sama ada di bumi mahupun di langit. Malah sembahan merekasama sekali tidak menyamai Allah walaupun sebesar zarah sama ada di bumimahupun di langit. Allah tidak mempunyai apa-apa keperluan dengan tuhan-tuhanpalsu yang mereka sembah. Jika mereka menyedari hakikat ini, mereka akanmerasai kewajipan untuk beribadat dengan ikhlas kepada Allah semata-mata.Firman Allah SWT:
“Katakanlah: Serulah mereka yang kamu anggap(sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberatzarah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak memiliki satu saham pundalam penciptaan langit dan bumi, dan sekali-kali tidak ada di antara merekayang menjadi pembantu bagi-Nya.” (Saba’: 22)
Al-Quran mengakui bahawa orang-orang musyrikinmengiktiraf sebahagian daripada Rububiyyah Allah seperti Allah itu Pemiliklangit serta bumi dan Allah itu Pengurus kejadian-kejadian di langitserta di bumi. Jika begitulah pengiktirafan mereka, sepatutnya mereka berimandan menyembah Allah tanpa mempersekutukan-Nya. Firman Allah SWT:
“Katakanlah (kepada mereka): Kepunyaan siapakahbumi ini, dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui? Mereka akanmenjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamu tidakingat?
“Katakanlah (kepada mereka): Siapakah yangmempunyai langit yang tujuh dan yang empunya ‘arasy yang besar? Merekaakan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamutidak bertaqwa?
“Katakanlah (kepada mereka): Siapakah yangdi tangan-Nya berada segala kekuasaan sesuatu sedang Dia melindungi, tetapitidak ada yang dapat dilindungi daripada (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): (Olehyang demikian) dari jalan manakah kamu ditipu ?
“Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepadamereka dan sesungguhnya mereka sebenarnya orang-orang yang berdusta.”
(Al-Mu’minun: 84-90)
Sains dan aqidah tauhid

Penemuan-penemuan dalam bidang sains dan teknologimengenai alam buana, atom, manusia, tumbuh-tumbuhan dan pelbagai bidangindustri telah berjaya menyingkap keindahan dan ketelitian ciptaan Allah.Penemuan-penemuan dan rekaan-rekaan baru itu menguatkan lagi ajaran aqidahtauhid dan meneguhkan lagi keimanan orang-orang mu’min. Hasil-hasil kajianitu menunjukkan kebesaran dan keluasan kudrat serta ilmu Allah. Sesungguhnyadi sebalik kehalusan ciptaan dan keindahan sistem sejagat ini pasti adaPenciptanya Yang Maha Basar dan Maha Berkuasa.
Kedudukan tauhid dalam Islam
Keseluruhan ajaran Islam berasaskan tauhid. Keseluruhankandungan al-Quran berlegar di atas tauhid. Kandungan ayat-ayat al-Quranmeliputi pengkhabaran tentang Allah, sifat Allah, kejadian Allah, perbuatanAllah dan pentadbiran Allah.
Al-Qur’an membincangkan tentang al-amr (perintah)dan anbiya’ Allah (nabi-nabi Allah) kerana kedua-duanya ada kaitan denganpenciptaan dan kekuasaan Allah terhadap makhluk-Nya. Al-Qur’an menerangkansegala bentuk balasan baik (pahala) untuk mereka yang mentaati Allah, Rasuldan syariat-Nya. Semua ini untuk mengajak mereka menegakkan Tauhidal-Uluhiyyah dan Tauhid al-Rububiyyah.
Al-Qur’an menerangkan segala bentuk balasan siksa(dosa) untuk mereka yang tidak mematuhi syariat-Nya, menceritakan tentangkeadaan orang-orang zaman dahulu yang telah menderhakai Allah. Semua iniuntuk menjelaskan bahawa manusia perlu kembali kepada dasar tauhid danibadah kepada Allah.
Oleh itu tauhid adalah intipati atau asas Islam.Daripada tauhid terpancar segala sistem, perintah, hukum dan peraturan.Semua ibadat dan hukum dalam Islam bertujuan untuk menambah, memahir, menguatdan mengukuhkan lagi tauhid di dalam hati orang-orang mu’min.
Dengan tauhid seluruh dorongan manusia akanterbentuk
Dengan tauhid yang kuat, maka akan terbentukkanpelbagai dorongan yang ada dalam jiwa manusia. Dia akan takut hanya kepadaAllah SWT dan berani mempertahankan keyakinannya seperti yang dipersaksikandalam sirah Rasulullah dan para sahabat:
1. Rasulullah SAW pernah memerintahkanAli RA agar tidur di atas katilnya sebelum baginda keluar berhijrah keMadinah, sedangkan musuh Islam begitu giat mengintip. Namun Sayyidina Alisanggup berbuat mengikut perintah Rasulullah SAW kerana beliau yakin atasKehendak dan Kekuasaan Allah.
2. Khalid Ibn al-Walid RA pernahmengalami banyak calar dan luka pada badannya kerana berperang di jalanAllah. Namun dia tetap yakin dengan Kekuasaan Allah. Dia tetap meneruskanpertempuran melawan musuh.
3. Bilal bin Rabah RA sanggupdiheret di padang pasir, dijemur di bawah kepanasan matahari dan diseksadengan batu besar diletakkan di atas tubuhnya. Dia tetap mempertahankankeimanannya.
Kini, ramai manusia yang kehilangan keyakinanini. Mereka masih yakin kepada yang lain daripada Allah. Mereka takut kepadakegagalan, ketua, kematian dan sebagainya.
Oleh itu menjadi kewajipan bagi pendakwah-pendakwahIslam untuk mengembalikan manusia kepada keyakinan yang betul.
Syahadah bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah
Syahadah merupakan teras Islam yang kedua. Syahadahini menuntut manusia mengetahui, membenar dan menyakini dengan muktamad(dengan i’tiqad yang jazim serta pegangan yang putus) bahawa Nabi MuhammadSAW adalah Rasulullah serta membuktikannya dengan perkataan dan perbuatansekaligus.
Pembuktian dengan perkataan ialah melafazkan kalimahsyahadah itu dengan lidah. Pembuktian dengan perbuatan ialah menegakkantingkah laku (tatasusila) dan seluruh tindak-tanduk yang bersesuaiandengan ajaran Nabi Muhammad SAW serta menuruti jejak langkah baginda.
Para rasul menegakkan tauhid

Pada dasarnya pengutusan para rasul bertujuanuntuk mengesakan Allah dalam Tauhid al-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluhiyyah.Dialah Tuhan Rabb al-’Alamin dan Tuhan para Rasul tersebut. Tiada tuhanyang sebenar melainkan Allah.
Tauhid al-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluhiyyah menjelaskankekuasaan Allah yang Maha Suci dalam pentadbiran urusan makhluk-Nya. AllahPengurnia kemaslahatan dan kebaikan. Allah Penentu al-amr (perintah). Allah-lahPengutus ar-Rasul untuk makhluk-Nya.
Manusia memerlukan rasul untuk mencapai kesempurnaanhidup
Tidak syak lagi untuk mencapai kesempurnaan hidup,manusia bukan sahaja berkehendakkan kepada makanan, pakaian, tempat berlindungdan keperluan-keperluan jasmani yang lain, bahkan manusia juga berkehendakkansesuatu untuk memenuhi tuntutan roh. Dengan memenuhi tuntutan roh, manusiaakan dapat mencapai taraf kesempurnaan sebagai manusia yang mulia dan berbezadengan makhluk-makhluk yang lain.
Tugas para rasul adalah untuk memberitahu kepadamanusia bahawa Allah
adalah enciptanya yang layak disembah dan Dialahyang meletakkan manusia di atas jalan lurus (sirat al-mustaqim). Dengankeyakinan ini barulah manusia dapat sampai ke jalan kebahagiaan dan kesempurnaansebenar.
Manusia sendiri tidak dapat mengetahui perkara-perkaraghaib mengenai Pencipta dan sirat al-mustaqim dengan menggunakan kudratdan akalnya yang lemah. Manusia kerap melakukan kesilapan. Untuk memikirkanmengenai Pencipta dan sirat al-mustaqim adalah di luar kemampuan akal manusia.Oleh itu pengutusan para rasul Allah menunjukkan kebijaksanaan-Nya danmerupakan rahmat yang paling besar untuk umat manusia. Para rasul Allahdilantik daripada golongan manusia sendiri supaya mereka dapat menggunakankebiasaan dan bahasa yang dapat difahami oleh manusia. Seterusnya menyampaikanajaran Allah, menjelaskan cara-cara untuk sampai kepada risalah-Nya danmenghuraikan cara mana untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sungguh tidak patut sikap manusia sekiranya diamengingkari Rasul Allah SWT. Firman Allah SWT:

"Dan mereka tidak menghormati Allah denganpenghormatan yang sewajarnya ketika mana mereka berkata: Allah tidak menurunkansesuatu pun untuk manusia.” (Al-An’am: 91)
Mengingkari kenabian Nabi Muhammad adalah kesalahanyang besar
Mengingkari kenabian Nabi Muhammad SAW setelahnyata dalil-dalil mengenai kebenaran dan kenabiannya bererti merendah danmelemahkan akal manusia. Sikap seperti ini merupakan keingkaran yang sangatburuk, kedegilan yang sangat tebal dan dosa yang sangat besar. Allah akanmembalas sikap sebegini dengan balasan pedih.
Mengithbatkan (Mensabitkan) kenabian MuhammadSAW
Seseorang tidak boleh mendakwa bahawa dia nampakbintang-bintang di langit sekiranya dia mengingkari kewujudan matahari,sedangkan dia nampak matahari. Kalau dia mendakwa dan percaya juga, itubertentangan dengan keimanannya terhadap apa yang dilihatnya. Begitu jugaseseorang tidak boleh beriman kepada nabi-nabi lain sekiranya dia tidakmempercayai Nabi Muhammad SAW dan mengingkari kenabiannya.
Mengithbatkan (mensabitkan) kenabian MuhammadSAW bererti mensabitkanjuga kenabian seluruh para anbiya’ AS sepertimana yang tersebut di dalamal-Quran.
Oleh itu mengingkari perutusan sebarang rasulbererti membohongi sebahagian daripada apa yang terkandung di dalam al-Qurandan mengingkari risalah Islam.
Kesan dan implikasi keimanan kepada Nabi MuhammadSAW
Mengimani Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasulullahbererti mengimani secara mutlak dan sempurna bahawa segala perkara yangdibawa dan dikhabarkan oleh baginda datang daripada Allah SWT. Implikasinyaagar manusia wajib membenar dan mentaati segala suruhan dan larangan NabiMuhammad SAW dengan penuh redha dan ikhlas, tanpa was-was, tanpa rasa keberatan,tanpa rasa sempit dan tanpa rasa terpaksa.
Manusia perlu taat sepenuhnya kepada ajaran NabiMuhammad SAW tanpa menimbulkan suasana berhujah, berdebat dan berbincang,seolah-olah ajaran itu datang daripada seorang manusia biasa. Beriman denganNabi Muhammad SAW tidak boleh sama sekali dengan cara mempercayai ataumengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian daripada ajarannya. Sikapsebegini adalah berlawanan dengan natijah yang sepatutnya lahir daripadakeimanan terhadap Nabi Muhammad SAW. Al-Quran kerap menyatakan nas-nasyang qat’i tentang implikasi keimanan kepada Nabi Muhammad SAW. FirmanAllah SWT:

Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamudiberikan rahmat.”
(Ali ‘Imran: 132)

“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintaiAllah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.”(Ali ‘Imran: 31)

“Katakanlah: Taatilah Allah dan Rasul-Nya.Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orangyang kafir. (Ali ‘Imran: 32)

“Sesiapa yang mentaati Rasul maka sesungguhnyaia telah mentaati Allah.” (An-Nisa’: 80)

“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin,bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili)di antara mereka, lalu mereka berkata: Kami dengar dan kami patuh. Danmereka itulah orang-orang yang beruntung.” (An-Nur: 51)
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya,nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnyasungai-sungai dan sesiapa yang berpaling nescaya Dia akan mengazab kamudengan azab yang pedih.” (Al-Fath: 17)

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu terimalah,dan apa yang dilarang bagimu maka tinggallah.” (Al-Hasyr: 7)

“Dan tidak patut bagi lelaki-lelaki mukmindan bagi perempuan-perempuan Mu’minah, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkansuatu ketetapan, ada pilihan lain bagi mereka tentang urusan mereka.” (Al-Ahzab:36)

“Dan jika kamu berselisih pendapat tentangsesuatu maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu benar-benarberiman dengan Allah dan Hari Akhirat.” (An-Nisa’: 59)
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya)tidak beriman hingga menjadikan kamu sebagai hakim terhadap perkara yangmereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa sesuatu keberatan terhadapkeputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima sepenuhnya.” (An-Nisa’:65)

“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahiperintah-Nya takut akan ditimpakan cubaan atau ditimpakan azab yang pedih.”(An-Nur: 63)

Nas-nas seperti yang tersebut di atas sememangnya banyak di dalam al-Quran yang mengingatkan orang-orang beriman akan tanggungjawabmereka selepas beriman kepada Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul. Antaranya:
1. Nas-nas itu menyuruh manusia mentaatiNabi Muhammad SAW, kerana taatkan baginda bererti taatkan Allah SWT. Balasanorang yang mentaatinya ialah Syurga an-Na’im dan balasan orang yang mengingkarinyaialah Neraka.
2. Nas-nas itu menerangkan kepada orang-orangmukmin bahawa beriman kepada Nabi Muhammad SAW bererti mengikuti apa yangdisuruhnya dan meninggalkan apa yang dilarangnya.
3. Nas-nas itu menyuruh orang Islam yangbertelingkah pendapat agar kembali kepada Allah dan Rasul-Nya serta redhamenuruti hukum Rasulullah SAW.
Natijah logik
Semua yang dinyatakan dalam nas-nas al-Quran diatas adalah natijah logik bagi seseorang yang beriman dengan Nabi MuhammadSAW. serta menerima dengan rela akan kerasulannya. Suatu hal yang bertentangandan tidak diterima akal jika seseorang itu beriman kepada Nabi MuhammadSAW tetapi menentang atau tidak menerima dengan rela hati perkara yangdibawanya dengan alasan, misalnya, tidak sesuai dengan sesuatu kepercayaan.
Umpama seorang yang telah menaruh kepercayaankepada seorang doktor mahir, sudah tentu dia menerima nasihat doktor itudan mengikuti cara pengubatannya. Dia akan mematuhi cara-cara memakan ubatdan segala pantang larangnya. Dia tidak boleh menentang atau membahaskankata-kata doktor pakar itu. Jika kepatuhan dan kerelaan seseorang pesakitterhadap doktor adalah suatu yang dianggap lumrah dan munasabah, padahaldoktor itu mungkin tersalah, maka bagaimana pula sikap seseorang terhadapRasulullah yang diutuskan oleh Allah SWT, sedangkan Rasulullah adalah penghulubagi segala doktor?
Kewajipan terhadap Rasulullah SAW
Kewajipan seorang muslim terhadap Rasulullah SAWialah membenarkan semua yang dibawanya, mematuhi segala perintah dan meninggalkansegala larangannya. Seseorang muslim itu hendaklah menerima ajaran bagindadengan sempurna, ikhlas dan rela seperti yang telah dinyatakan.
Kewajipan-kewajipan lain ialah:
1. Mengasihi atau mencintai Rasulullah SAWlebih daripada mengasihi atau mencintai diri, anak, isteri, harta dan isialam.
Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalahdia sanggup menjadikan aku lebih dikasihi daripada dirinya, anaknya, hartanyadan manusia seluruhnya.”
Tanda manusia yang benar-benar mengasihi RasulullahSAW ialah mengikuti baginda dengan penuh ikhlas. Dia segera mengerjakanapa yang disukai atau dikasihi baginda. Itulah tanda-tanda manusia yangbenar-benar kasihkan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:
“Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allahuntuk mencari keredhaanmu, padahal Allah dan Rasul-Nya itulah yang lebihpatut mereka cari keredhaannya jika mereka itu adalah orang-orang yangberiman.”
(At-Taubah: 62)
2. Menghormati dan memuliakan RasulullahSAW sama ada ketika baginda masih hidup atau telah wafat. Firman AllahSWT:

“Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul diantara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain.”(An-Nur: 63)
Rasulullah SAW bukanlah seperti manusia biasa.Baginda adalah Nabi dan Rasul. Rasulullah diutuskan untuk seluruh manusia.Maka wajarlah manusia membesar dan memuliakan baginda sehingga apabilamemanggil baginda hendaklah memanggil: “Ya Rasulullah”, “Ya Nabiyullah”,“Ya Habibullah” dan sebagainya.
Antara cara menghormati dan memuliakan RasulullahSAW ialah tidak mendahului baginda semasa bercakap dan tidak meninggikansuara. Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamumendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertaqwalah kepada Allah. SesungguhnyaAllah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Hai orang-orang yang berimanjanganlah kamu meninggikan suaramu lebih daripada suara Nabi dan janganlahkamu berkata kepadanya dengan suara yang keras sepertimana kerasnya suarasebahagian daripada kamu kepada sebahagian yang lain, supaya tidak terhapuspahala amalan kamusedangkan kamu tidak menyedarinya. Sesungguhnya orang-orangmerendahkan suara di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telahdiuji hati mereka untuk bertaqwa. Bagi mereka keampunan dan pahala yangbesar.” (Al-Hujurat: 1-3)
Menghormati dan memuliakan Nabi perlu terus berlanjutansehingga selepas kewafatan baginda. Seseorang Muslim tidak boleh mengangkatsuara di dalam Masjid an-Nabawi atau di sisi maqam baginda. Seseorang muslimwajib bersopan, bersungguh-sungguh dan redha ketika mendengar hadith bagindayang mulia. Seseorang muslim tidak boleh menafi atau menentang hadith-hadithbaginda dengan pendapat-pendapat atau fikiran-fikiran yang karut dan menyesatkan.Jika seseorang muslim itu mendengar: “Qala Rasulullah S.A.W. (Sabda RasulullahSAW), maka hendaklah dia memahami bahawa sabda baginda tidak boleh dibohongioleh manusia. Oleh itu ia tidak boleh ditentang, bahkan hendaklah didengar,difahami dan diamalkan.
3. Bersungguh-sungguh menghindarkan apa-apayang boleh menyakiti Rasulullah Nabi SAW sama ada sedikit atau banyak.Menyakiti Rasulullah SAW adalah haram dan berdosa. Malah, menyakitinyaboleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam. Firman AllahSWT:
“Dan tidak boleh kamu menyakiti hati Rasulullah.”(Al Ahzab: 53)

“Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullahitu bagi mereka azab yang pedih.” (At-Taubah: 61)
Termasuk dalam pengertian menyakiti RasulullahSAW ialah menghina atau mencerca para isteri baginda yang mulia. Isteri-isteriRasulullah adalah “Ibu Orang-Orang Yang Beriman”. Begitu juga, dianggapmenyakiti Rasulullah, sekiranya seseorang menghina atau mencerca “Ahl al-Bait”baginda.
4. Membaca salawat dan salam kepada NabiMuhammad SAW. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nyabersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamukepada Nabi dan ucaplah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.” (Al-Ahzab:56)

Rujukan: Dr. Abdul Karim Zaidan,Usul Ad-Da’wah.
Resepi (Mee) Mi Udang

15 Rabiul Awal 1431H.
Email : Mohd naim mohd zain

Bahan-bahan :
1 peket mi kuning
10 ekor udang
3 biji bawang merah
½ inci belacan
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kering
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sawi
Tauge
Daun bawang
Minyak secukupnya

Cara membuat:
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan air rebusan udang.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan serbuk perasa.
4. Setelah sebati masukkan mi kuning dan udang. Kacau seketika.
5. Akhir sekali, angkat dan boleh hiaskan dengan sawi, tauge dan hirisan daun bawang

Tuesday, February 23, 2010

Permasalahan Qadha Solat Bagi Yang Meninggalkan Solat Tanpa uzur

9 Rabiul Awwal 1431H
Oleh : Ustaz Emran




Keuzuran yang syar’ie yang membuatkan seseorang itu tidak berdosa ketika meninggalkan solat ialah gila, terlupa atau tertidur, dipaksa, sudah menunaikan solat secara jamak, ketakutan yang bersangatan kerana ancaman keadaan (seperti yang berlaku ketika peperangan khandak lihat dalam Bukhari no. 598).

Adapun selainnya baik lelaki dan perempuan yang berakal, Islam, serta telah baligh maka baginya kewajipan yang ditetapkan supaya mendirikan solat.

“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).

Bersabda rasulullah salallahualaihiwasa lam : “ Sesungguhnya antara (pembatas) seorang lelaki itu dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat” (hadith sahih riwayat Muslim no. 987, Abu Daud, Nasaie).

Perintah menunaikan solat ialah satu kewajipan sehingga bagi yang sakit tidak terlepas dari kewajipan menunaikannya selama mempunyai akal apabila Islam memberi kelonggaran supaya harusnya menunaikan solat dengan keadaan duduk, berbaring dan bahkan dengan gerak isyarat mata atau sehingga jika tidak mampu cukup dengan lintasan hati selama ianya masih sedar dan berakal.

“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (At-taghabun :16).

Juga sekiranya tiada air demi bersuci dan berwudhuk maka Islam membolehkan bertayamum mengunakan debu tanah yang berada di sekeliling dunia.

“ Apabila kamu tidak menemui air maka bertayammumlah dengan debu tanah yang suci..” (Al-maidah : 43)

Perbuatan meninggalkan solat ialah dosa besar dan termasuk salah satu di antara dosa yang boleh membawa kufur kepada pelakunya. Sekiranya ada sesiapa yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipannya dan membenci perbuatan solat yang merupakan ibadah ini dan menganggap menyusahkan maka ianya tanpa syak kufur dan murtad dari agama Islam dengan ijmak ulama (Al-Majmuk m/s 16 Jilid 3, Hukum Meninggalkan Solat oleh Ibn Qayyim).

“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).

Adapun yang meninggalkan solat dengan sebab malas dan leka serta lalai kerana dunia dan dalam masa yang sama tidaklah menafikan kewajipan solat dan tidak pula bermaksud mengingkari perintah Allah maka baginya hukum fasiq dan munafiq namun masih tetap dianggap muslim dan dipelihara haknya sebagai muslim tetapi tetap wajar menerima hukuman dan teguran. Demikian mazhab As-Sauri , Abi Hanifah dan golongan Maliki serta Syafie dan Ahmad dari riwayat-riwayat lain yang darinya (lihat Mughni Muhtaj, Al-Majmuk dll).

Sekalipun mereka ini yang berpendapat tidak jatuh kafir bagi orang yang meninggalkan solat dengan sebab malas dan leka serta lalai namun para ulama ini tidak pula bermaksud mengambil pandang ringan kerana mereka tetap menetapkan perlaku dosa besar meninggalkan solat ini mesti dihukum dengan hukuman bunuh dan ini pendapat Maliki serta Syafie.

Adapun pendapat yang mengatakan mereka ini tidak dibunuh sebaliknya disebat dan dipenjara sehingga mati atau bertaubat nasuha dan ini pula ialah pendapat dari mazhab Az-Zuhri dan Ibn Musayyib serta Umar Ibn Abd Aziz dan Abu Hanifah dan Ibn Hazm.

Manakala sebahagian yang lain tetap mengkafirkan golongan ini yang meninggalkan solat tanpa uzur sekalipun tidak menolak kewajipan solat dengan menjatuhkan hukum kafir dan murtad dari Islam kerana meninggalkan solat yang merupakan rukun Islam dan mereka ialah mazhab Said ibn Jubair , Auzaie, Ibn Mubarak, Ishaq dan riwayat yang sahih dari Imam Ahmad dan salah satu qaul dari mazhab Syafie serta Ibn hazm dengan riwayat daripada Umar ibn Khatab , Muadz ibn Jabal dan Abd rahman ibn Auf serta Abi Hurairah dan selainnya dari sahabat rasulullah ra (lihat dalam Al-Insof, Majmuk Fatawa, Hukum Meninggalkan solat oleh Ibn Qayyim).

Pelbagai khilaf dan hujah serta dalil dalam masalah ini namun saya tidak berhajat memanjangkan bicara dalam masalah khilaf ini sebaliknya terus kepada isi pokok perbincangan iaitu tentang perihal qadha solat bagi yang meninggalkan solat tanpa uzur.

Ketahuilah baik salah satu diantara kedua kedudukan hukum golongan yang meninggalkan solat apakah kafir atau fasiq dan munafiq maka keduanya berdosa besar dan bukanlah ringan dan baik sebaliknya tercela dan dibenci dengan kemurkaan Allah swt.

Pendapat yang membolehkan dan mewajibkan qadha bagi yang meninggalkan solat ialah mazhab jumhur ulama daripada imam mazhab yang empat dan ianya dengan syarat hendaklah perlakunya yang meninggalkan solat tanpa uzur itu selain berqadha solatnya yang telah ditinggalkan maka hendaklah juga bertaubat dengan taubat nasuha atas dosa besarnya itu (lihat dalam Al-Majmuk, Al-Insof dll).

Bukanlah bermakna bolehnya qadha solat itu maka diri pembuat dosa boleh terselamat dan terampun dosa sebaliknya hanya usaha ikhtiar selain taubat nasuha bagi menebus kesalahan yang telah dilakukan.

Adapun pendapat selainnya yang mengatakan tiada qadha bagi solat yang ditinggalkan ialah pendapat Umar ibn Khattab dan ibn Umar serta Sa’ad ibn Abi Waqas dan Ibn Mas’ud ra, Ibn Sirrin , Ibn Hazm, dan juga pendapat daripada Syeikhul Islam ibn Taimiyyah ra serta jumlah besar dari salaf soleh yang lain.

“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).

Demikian jumlah besar menolak adanya qadha solat dengan dalil bahawa solat ini satu kewajipan yang dibuat hanya pada waktunya bukan diluar waktunya (lihat Al-Muhalla ibn Hazm, Majmuk Fatawa, Nailur Authar dll).

Dalam hal ini satu keputusan dapat diambil bahawa golongan yang menolak adanya qadha solat ialah kerana selain menetapkan solat dilaksanakan pada waktu khas dan jika selainnya tidak lagi dikira maka mereka juga mengkafirkan peninggal solat sehingga tiada guna menunaikan qadha lagi.

Keadaan ini dapat diselesaikan hanya apabila orang yang meninggalkan solat ini bertaubat dan kembali dengan taubat nasuha serta di sini mereka diwajibkan melakukan qadha.

“Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (yang sersungguh-sungguh) moga tuhanmu akan menghapuskan dosa-dosa kamu …” (At-Tahrim : 8).

Maka bagi yang bertaubat dengan taubat nasuha maka hendaklah dia mengulangi segala solat yang telah ditinggalkan dengan melakukan solat pada waktunya dan memperbanyakkan solat-solat sunat.

Ini berdasarkan kepada hadith rasul yang menyebut : “Sesungguhnya yang paling awal akan dihisab di hari akhirat daripada amal perbuatan ialah solat dan sekiranya baik (solatnya) maka telah berjaya dan selamat dan sekiranya rosak (meninggalkan) solatnya maka gagal dan rugilah dia serta jika berkurang pahala dari solat wajibnya maka akan berkatalah tuhan yang Mulia dan tinggi : Lihatlah apakah hambaku ini ada melakukan solat sunat dan tampunglah apa yang kurang dari yang wajib dan kemudian jadikanlah seluruh amalannya seperti itu” (hadith sahih riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi dan Ibn Majah).

wallahualam

Maulidur Rasul - Petikan Sejarah Ringkas

9 Rabiul Awwal 1431H
Email : mohd naim mohd zain




SEJARAH RINGKAS

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.

Oleh kerana amalan bid’ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama’ telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).

HUKUM MAULID

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama’ berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama’-ulama’ yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Antara ulama’ yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.

Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti: "Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan: “Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.”

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr: “Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid’ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.”

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.

Beliau berkata(ringkasan) : “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa’d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid’ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid’ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.”

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman: “maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.” - Al-Araf: 157 Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah: “Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.”-Ibrahim. Ayat 5 Keterangan: Al-Baihaqi di dalam “Syakbu al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.”

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.” Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.” – [Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum: - Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi’raj dan lain-lain. - Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.” Keterangan: Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL

Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:

1) Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:

Baginda bersabda, “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ‘hamba Allah dan pesuruh Nya.”(Au Qoma Qol)

Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:

Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”

“…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat “ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2) Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian. .

Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid’ah berleluasa.

3) Allah berfirman di dalam Al-Quran:

Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "
Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32)

Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3)

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)

4) Kata-kata sahabat Rasulullah saw:

Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"

Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

Rujukan: www.islam-qa. com
www.islamonline. com
http://www.surau. ladang.net/
http://islam. tc/ask-imam/ index.php www.bicaramuslim. com
Artikel ‘The Milaad-A Caution against Innovation’ oleh Sheikh `Abdul `Aziz bin `Abdullaah bin Baaz Tafsir Al-Quran Pimpinan Ar-Rahman

Tuesday, February 2, 2010

Mendidik Anak Tanggungjawap Bersama

18 Safar 1431H
Email : sal_ehs gerrard
Hari masih gelap lagi, namun kelihatan seorang ibu muda telah keluar ke tempat kerja dan ketika matahari terbenam, barulah si ibu pulang ke rumah. Senario ini bukan lagi asing bagi wanita bekerjaya. Peranan menyara anak bukan lagi dipukul oleh bapa sahaja, sebaliknya dikongsi bersama wanita bergelar isteri.

Mereka memberi tumpuan kepada keluarga dan dalam masa sama, membina kerjaya. Kedua-duanya harus dipukul dan kadang-kala, tidak mampu berjalan seiringan. Dalam membina kerjaya, tanpa disedari tumpuan kepada anak semakin berkurangan. Ada yang berpendapat keruntuhan nilai moral golongan muda berpunca daripada ibu moden yang gagal melaksanakan tanggungjawap mereka. Wanita dikatakan berlumba-lumba dengan kaum lelaki untuk mendirikan kerjaya masing-masing hingga mengabaikan tanggungjawap di rumah.

Jangan menuding jari

Tidak dinafikan bahawa ada kebenaran pada kata-kata ini. Memang ada para ibu moden yang mengabaikan tanggungjawap sebagai ibu. Ini adalah kerana mereka belum fakham erti kejayaan yang sebenarnya di dalam hidup. Mereka asyik mengejar kejayaan kerjaya dan mengabaikan tanggungjawap membesarkan anak-anak. Hidup mereka menjadi tidak seimbang dan anak-anak serta rumahtangga menjadi mangsa.

Dalam masa yang sama sebagai seorang yang insaf dan tawaduk, kita tidak mahu menuding jari kepada satu pihak sahaja. Ini bukan merupakan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Ar-Rasul mengajar kita untuk melihat apa yang berlaku pada diri kita dan sekeliling kita sebagai cermin diri kita. Bila sesuatu yang kurang kira senangi berlaku, kita perlu menanyakan kepada diri sendiri, apakah tanggungjawap saya di sini? Bagaimana saya boleh memperbaiki keadaan? Bagaimana kita boleh membawa kembali keseimbangan kepada apa yang berlaku di sekeliling kita ini?

Keruntuhan moral dan penyakit sosial ini adalah tanggungjawap bersama. Memang mudah mengatakan bahawa anak-anak menjadi tidak keruan kerana tiada pendidikan daripada ibu mereka kerana masyarakat telah akur bahawa hal mendidik anak ini hanyalah tugas para ibu. Persoalannya, adakah ini benar? Bukankah di dalam sebuah keluarga, para suami adalah ketua dan tanggungjawap mendidik keluarga terletak di atas bahu suami? Kadang-kadang suami lebih banyak menuntut dan menyalahkan isteri apabila ada hal-hal yang dianggapnya tidak baik. Misalnya, ketika anak malas belajar atau beribadah, suami biasanya akan menyalahkan isteri. Kata-kata seperti, "Hah! Itulah awak, tak pandai jaga anak!" sangat biasa dilemparkan oleh seorang suami kepada isterinya. Isteri dianggap tidak mampu memperhatikan anak, tidak mampu mendidik, dan sebagainya. Padahal, persoalan mendidik anak bukan tanggungjawab isteri semata-mata. Tidak sedikit rumah tangga yang menganggap pendidikan anak hanya tanggungjawap (pekerjaan) ibu, sementara suami lebih sibuk mencari nafkah. Padahal sosok ibu hanya sebahagian daripada potensi rumahtangga. Memang mencari nafkah bagi suami adalah kewajipan bahkan ibadah. Namun sesungguhnya, kewajiban suami itu bukan hanya mencari wang atau mencari nafkah lahir, tetapi seorang suami juga mempunyai kewajiban untuk menanamkan visi dalam rumah tangga. Untuk menunjukkan betapa beratnya tanggungjawap ini, Allah kiaskan di dalam solat jenazah. Cuba lihat di mana kedudukan imam pada jenazah lelaki dan di mana pula pada jenazah perempuan? Dan tanyalah mengapa sedemikian ketentuanNya? Tentu ada rahsia yang tersirat!

Lengkap-melengkapi

Mahu tidak mahu, kita perlu akur juga kepada keadaan di mana ramai juga anak-anak menjadi liar disebabkan perhubungan yang tidak baik dengan para bapa. Scenario ini berlaku kerana ada pada bapa yang mengambil mudah tanggungjawap memimpin isteri dan keluarga. Ada yang tidak berpengetahuan dan sekadar mengikut apa yang dilihatnya orang lain buat. Ada pula kerana tidak faham erti menjadi seorang bapa yang bertanggungjawap. Terdapat juga para suami yang meninggalkan isteri mereka dan jadilah isteri-isteri itu ibu-ibu tunggal yang perlu keluar pagi balik malamhanya kerana mahu mencari sesuap nasi untuk anak-anak yang ditinggalkan bapa. Lantaran itu, anak-anak terbiar juga. Hati merekasakit juga. Anak-anak yang sakit ini mencari ubat mereka di luar dan yang mereka jumpa adalah syaitan bertopengkan tabib!

Adalah tidak sihat juga jika pihak perempuan mengatakan semua yang terjadi salah lelaki. Sama juga tidak sihatnya untuk pihak lelaki mengatakan semua nin salah perempuan. Allah jadikan kita lelaki dan perempuan supaya kita sama-sama saling lengkap-melengkapi satu sama lain dan bukan menyalahkan satu sama lain. Di situ jugalah betapa pentingnya ibu dan bapa untuk pertumbuhan sihat diri anak-anak.

Sebuah masyarakat yang meletakkan tanggungjawap membesarkan anak-anak hanya di bahu ibu, akan perlu mejawap natijah pegangan itu. Anak-anak memerlukan kelembutan si ibu dan ketegasan si bapa di dalam mendidik mereka.

Bagi yang menyalahkan para wanita di dalam keruntuhan masyarakat, nanti dulu! Sebelum anda meneruskan hujah, cuba cari jawapan mengapa wanita-wanita ini keluar rumah begitu lama? Adakah semuanya kerana mahu mengejar umpan kerjaya? Pada pendapat saya, ini tidak benar. Ramai para wanita perlu keluar dan mencari pekerjaan kerana suami yang sepatutnya menjadi pelindung, tidak mampu berbuat demikian dan ada yang tidak mahu berbuat demikian. Anak-anak hampir kebuluran, maka hati seorang ibu tudak sanggup melihat anak-anaknya terus menderita. Wanita yang menerima nasib sebegini terpaksa menyelesaikan tanggungjawap yang sebenarnya bukan tanggungjawapnya.

Bermula di rumah

Sekali lagi, marilah sama-sama kita menyedai bahawa tanggungjawap mendidik seorang anak adalah tanggungjawap bersama. Malah ada sebuah pepatah yang berbunyi lebih kurang begini, "seluruh kampung perlu bekerjasama untuk membesarkan seorang anak dengan sempurna."

Marilah kita kaum ibu dan bapa melihat lebih dalam bagaimana kita boleh membantu para ibu dan bapa yang masih belum faham untuk melaksanakan tanggungjawap mereka dengan baik. Begitu juga dengan hati yang rendah, saya sarankan kepada para lelaki untuk melihat bagaimana mereka boleh menjadi pemimpin keluarga dan dunia dengan lebih baik. Dan seharusnya, kepimpinan bermula di rumah. Cuma hati yang dipenuhi kasih sayang terutama kepada Penciptanya akan mengambil tanggungjawap ini dan menghalang diri mancari kesalahan orang lain.

Jadikanlah kata-kata di bawah ini sebagai azimat hidup kita, baik para lelaki mahupun wanita, iaitu, "Saya mambawa perbezaan ke dunia ini!". Apabila setiap dia antara kita sedar dan mengambil langkah bahawa kita bertanggungjawap terhadap melahirkan generasi cemerlang, barulah generasi cemerlang itu terbina.

Hadith Nabi s.a.w.:
Daripada Salman bin 'Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim. "

Hadith riwayat al-Tirmizi

hari ini, remaja2 kita kehulu ke hilir dengan pasangan masing.kebanyakan mereka berumur belasan tahun.yang jelas,mereka tidak tahu apa itu jodoh atau perkahwinan. berkepit dengan perasaan riang gembira.seolah dunia dia yang punya.

jadi,pergaulan seumpama ini perlu dihentikan dengan apa cara sekalipun.guru- guru di sekolah perlulah berleter hal ini kepada anak-anak murid mengenai akibat buruk perbuatan mereka ini.para ibu bapa mungkin tidak perasan dengan perangai anak-anak mereka atau mereka sudah tiada boleh apa-apa lagi dengan tabiat kepala batu anak mereka.jiran yang menegur perbuatan anak-anak seperti ini mungkin terjadi perkara yang tidak diduga seperti diserang oleh ibu bapa mereka atau anak-anak ini akan merosak harta benda jiran yang perihatin ini.pepatah melayu ada menyatakan " beranak seorang- seorang tetapi mendidiknya beramai-ramai " perlu dihayati dan diamalkan sepanjang masa.

Wednesday, January 20, 2010

[Fikrah Islamiah] Ciri-ciri wanita yang paling baik

05 Safar 1431H
Ahmad Baei Jaafar

Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

Wanita :-

1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Lelaki :-

1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
3. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
4. Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
5. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
6. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
7. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat dan sikap sebaik-baik wanita atau isteri. Sabda Rasulullah s.a.w:

وَخَيرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ وَتَطِيعُكَ إِذَا أَمَرْتَ وَتَحْفَظُ غَيْبَكَ فِى نَفْسِهَا وَمَالِكَ

Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud: “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.

Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.

Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Perhatikan contoh berikut:

Isteri :-

1. Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sebuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

Suami :-

1. Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat
2. Suami yang dahaga ke dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kea rah yang tepat.

Friday, January 15, 2010

Hari Asyura

Gotong royong membuat bubur Asyura di IKBNT 11Jan2010









Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Sejarah Asyura
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Adam a.s. dicipta.
Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Tuesday, January 12, 2010

Correct timing to take water

25 Muharram 1431H
Email : mohamad alias idris


Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack
[Fikrah Islamiah] Perkara penting untuk pengetahuan pengantin

26 Muharram 1431H
Ahmad baei jaafar
Pasangan yang hendak berkahwin harus mengetahui perkara yang dipandang remeh, tetapi amat besar maknanya. Perkara di bawah adalah berdasarkan pengalaman bagi membantu membina rumah tangga bahagia.

1. Tujuan berkahwin, apa yang kamu niatkan?

- Bagi lelaki, untuk mendapatkan sesuatu yang tidak boleh diperoleh di luar perkahwinan.

- Kasih sayang dan belaian manja dari seorang perempuan.

- Bagi wanita, untuk mendapat perlindungan dari seorang yang bergelar lelaki atau suami.

2. Apakah kewajipan suami?

- Memberi nafkah – makan – pakaian – tempat tinggal

- Mendidik isteri – sejak awal perkahwinan.

3. Apakah hak isteri?

- Taat suami kecuali perkara yang bertentangan dengan syarak

- Hormati suami dan keluarga suami.

4. Apakah isteri wajib masak dan membasuh?

Pada dasarnya bukan kewajipan isteri tetapi kalau suami minta masak atau membasuh dia wajib taat.

Kalaulah suami tidak suruh masak dan tidak suruh membasuh, dia seharusnya memasak kerana menghormati suami yang baru balik kerja. Dia juga seharusnya membasuh baju suami kerana menghormati suami yang pakaiannya kotor.

Sebenarnya isteri yang baik dia tidak mempertikaikan tentang urusan basuh dan masak itu kerana kedua-dua kerja itu adalah fitrah bagi seorang wanita.

5. Apakah persiapan awal suami isteri sebelum dan selepas kahwin?

- Kuatkan iman, taqwa dan ilmu agama

- Mengenali hati budi pasangan

- Mengetahui kesukaan dan kebencian pasangan

- Hindari kebencian pasangan

Formula menyelesaikan masalah rumah tangga

Masalah & Penyelesaian

1 Bila banyak urusan tidak menjadi, walaupun sudah diusahakan masih gagal.

Nilai hubungan kita dengan Allah, solat dan ibadah lain mungkin tidak diterima Allah.

2 Suami isteri mula renggang, suka bergaduh

Nilai semula solat suami dan solat isteri mungkin ada yang cuai atau tidak melakukan solat.

3 Suami isteri dilihat tidak mesra dengan anak-anak.

Lihatlah, mungkin suami dan isteri tidak mesra di atas katil.

4 Isteri rasa tak senang hati terhadap suami

Lihatlah mungkin suami buat dosa di luar rumah, buat maksiat. Perlulah bertaubat segera.

5 Suami rasa kurang selesa dengan isteri

Lihatlah mungkin isteri melakukan dosa di luar rumah. Bertaubatlah segera.

6 Bila anak tidak taat kepada ibu bapa

Lihatlah mungkin suami isteri ada masalah yang tidak diselesaikan, apatah lagi dosa dengan Allah.

7 Bila anak buat dosa di luar rumah

Ibu bapa/suami isteri tidak mendidik anak cara yang betul.